"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, March 24, 2024

Kurma shake



Anda selalu nampak tak orang berebut nak beli susu kurma yang dalam botol putih tu sampai kehabisan stok? Kini anda boleh cuba sendiri jus susu kurma sedap gila ini di rumah:

■ Bahan-bahan

- 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
- 1 cawan air kosong
- 2 cawan susu segar (full cream atau low fat - mengikut citarasa)

■ Bahan-bahan opsyen

- Madu
- Oat
- Kacang badam / gajus
- Kismis
- Buah tin
- Pisang
- Serbuk milo / koko / kopi
- Serbuk kayu manis
- Ketulan ais
- Aiskrim vanila

■ Kaedah

1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.

2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.

3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.

4. Kisar sehingga hancur.

5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
.
.

P/S: Jika anda guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih 'kick'! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.

P/S: Resepi date milkshake ini boleh menjadi penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Juga sangat sesuai dijadikan menu ketika bulan puasa. Eoklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka.

Selamat mencuba!
Kredit : menu untuk abah




No comments: