Bunuh diri adalah fenomena yang sangat kompleks dan tidak mempunyai hanya satu pencetus. Apabila video dan gambar bunuh diri disebarkan tanpa disunting terlebih dahulu, ini berpotensi menimbulkan tindakan peniruan bunuh diri, juga dikenali sebagai suicide contagion.
Sebagai usaha untuk mencegah suicide contagion, kita boleh mulakan dengan mengehadkan penyebaran maklumat terperinci (kaedah, foto dan video) berkaitan kejadian bunuh diri, bertanya khabar orang di sekeliling kita yang berisiko membunuh diri dan menawarkan bantuan untuk mereka mendapatkan khidmat profesional.
Sumber : Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
No comments:
Post a Comment