Bahan-bahannya :
● anggaran 2 liter air
● 1 bungkus 'crab stick' - potong ikut suka
● 1 biji telor - guna putihnya supaya lebih cantik
● 1/2 tin jagung manis
● Sedikit tepung jagung - dibancuh
● Sedikit tepung kanji - dibancuh
● 2 sudu besar sos tiram
● Garam dan gula secukup rasa
● Serbuk perasa jika suka
Cara-caranya :
1. Renihkan air, masukkan 'crab stick' dan jagung biarkan hingga mendidih. Masukkan sos tiram, garam, gula dan perasa.
2. Pukul telur dan tuang perlahan-lahan sambil kacau (biarkan telur bertali).
3. Tuang bancuhan tepung jagung dan tepung kanji perlahan-lahan sambil terus kacau sehingga pekat (lagi pekat lagi bagus).
4. Kalau tak cukup pekat tambah lagi tepung jagung. Biarkan seketika hingga menggelegak sebelum sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment