"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, March 26, 2024

Kek Pandan Gula Melaka


 

200 gram tepung gandum
200 gram gula kastor
125 gram unsalted butter
2 biji telur ayam gred A
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
75 gram santan pekat kotak *
25 gram air *
2 sudu makan jus pandan *
2 titik pewarna hijau *
( Semua bahan bertanda * dicampurkan sekali )
-
Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka
-
Cara Penyediaan Kek Pandan :

#1: Panaskan oven terlebih dahulu.Ayak tepung bersama baking powder sekurang-kurangnya 2 kali untuk sebati.Pukul butter,esen vanilla dan garam sehingga kembang.Boleh gunakan mixer tangan atau mesin.

#2: Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga gebu barulah masukkan telur.Bila dah sebati,masukkan campuran yang bertanda tadi.Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau guna senduk je bagi sebati.

#3: Susun papercup dalam loyang dan masukkan 3/4 sahaja adunan kek pandan.Jangan banyak nanti kembang melimpah.Bakar sehingga masak pada suhu 160’C selama 25 minit guna api atas bawah.Dah masak sejukkan.
-
Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka
-
Bahan Resepi Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream Frosting :

50 gram gula melaka dihancurkan
2 helai daun pandan
1/8 cawan air
3 biji putih telur sahaja
110 gram gula kastor
150 gram unsalted butter
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
-
Cara Penyediaan Gula Melaka Buttercream Frosting :

#1: Campurkan gula melaka,daun pandan dan air dalam periuk.Masakkan serta kacau hingga hancur.Tutup api dan sejukkan dahulu

#2: Campurkan putih telur,gula dan garam dalam bekas dan masak menggunakan kaedah double boil sehingga  gula hancur. Dah hancur masukkan adunan ni ke dalam mixer dan pukul hingga adunan kental.

Perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit.Pukul sebati.Barulah masukkan campuran karamel gula melaka dan pukul sebati seketika.

Nak hasilkan kek pandan gula melaka yang sedap dan menarik ? Memang kena cuba la resepi ni tau.Tips untuk dapatkan kek pandan yang sedap adalah gunakan unsalted butter dan juga sewaktu nak hias kek, titiskan karamel gula melaka

#3: Barulah paipkan ke atas permukaan kek pandan tadi.Jangan lupa masak gula melaka tuk 1/3 lagi untuk kita titiskan atas permukaan kek ya.Barulah cantik.
Memang lengkap habis resepi beserta tips buat kek pandan gula melaka ni.Selamat mencuba daripada kami ya.
-

No comments: