BAHAN-BAHAN :
2 Cawan Marjerin
3/4 Cawan Gula
2 Cawan Tepung
Gandum
5 Biji Telur
1 Cawan Susu Pekat
1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Paket Buah Campur
CARA MEMBUATNYA :
*Panaskan oven 175C dan lenserkan tin kek dengan mentega.
*Putar gula (telah di kisar halus) dengan mentega hingga jadi putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
*Perlahankan speed dan masukkan tepung (yang telah di ayak dengan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
*Kemudian masukkan susu pekat dan putar hingga sebati.
*Akhir sekali masukkan buah campur dan gaul guna sudu (selerakkan mengikut kesesuaian)
*Bakar 50-60 minit mengikut oven masing2
No comments:
Post a Comment