Rumah-rumah di Amerika yang dibina antara tahun 20an hingga 70an, dekat bilik air mereka akan ada kabinet berlubang yang berfungsi untuk buang bilah mata cukur.
Bermakna disebalik lubang itu sudah ada beratus atau pun beribu bilah terpakai berlonggok di belakang dinding.
Zaman dahulu sebelum ada pencukur elektrik atau pencukur pakai buang, mereka akan beli pek mata bilah dan selepas guna, benda ini akan dibuang ke belakang dinding.
Tujuannya agar tukang kutip atau pembersih sampah tidak terkena mata bilah terpakai ini. Bilah-bilah terpakai ni hanya akan dijumpai apabila kerja-kerja ubahusai rumah dilakukan.
Kredit: Azzir Grafenberg👑
No comments:
Post a Comment