"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, March 28, 2024

Doa pagi Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Segala puji bagi الله pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhammad saw., keluarga, para aulia, sahabat2, muslimin dan muslimat.
 
Ya الله kami memohon agar Engkau perbaiki agama kami sebagai benteng urusan kami; perbaiki dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami; perbaiki akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah Ya الله kehidupan ini penambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan.

Ya الله kami sedar bahawa sesuatu yang berlaku di atas muka bumi ini adalah diatas ketentuan Mu dan kehendak Mu,  maka jadikanlah kami Ya الله hamba yang redha dengan segala ketentuan Mu.

Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api nerakamu. 

Ya الله kami bersyukur Ya الله kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya الله. 
Ya الله kami berdoa semoga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu 

Ya الله, Engkau muliakan kami dan ampuni segala salah dan silap kami. Jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada kami nescaya kami akan meraba-raba dan terjerumus ke lembah kejahilan dan kederhakaan. 

Ya الله redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya الله perkukuhkanlah iman kami, tali persaudaraan kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya الله sesungguhnya Engkau Yang Maha menyaksikan bahawa kami menerima apa yg telah disampaikan oleh rasulMu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu. 

Ya الله tentukanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat. 

Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya الله, berilah kepada kami rezeki yang halal, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. 

Ya الله haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab.
َ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .             
                                         
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 
وَالْحَمْدُ

No comments: