*🟣بسْـــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم🟣*
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*
*Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya adab ketika berbuka puasa.*
*Apabila adab itu dijaga dan diamalkan, kita dapat mengagungkan sunahnya.*
*Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa seperti yang diamalkan Baginda SAW. Ibnu Umar berkata,*
*Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca doa yang bermaksud :*
*"Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat sudah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala."*
*📚 [Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Shaum]*
*Kita juga boleh memohon apa saja yang dihajati kerana antara waktu mustajab (makbul) untuk berdoa ketika berbuka puasa.*
*Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :*
*"Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka."*
*📚 [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam]*
*Selain itu, kita disunatkan menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika azan dilaungkan, terus utamakan untuk berbuka puasa.*
*Perkara itu dianjurkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud :*
*"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa."*
*📚 [ HR. Bukhari]*
*Ketika berbuka puasa, amalkan makan secara sederhana.*
*Jauhkan diri daripada makan terlalu banyak ibarat mahu melepaskan geram selepas sehari suntuk tidak menjamah makanan dan minuman.*
*Kerana sesungguhnya Allah tidak tidak suka orang-orang yang melampaui batas.*
*Semoga Bermanfaat....*
*🌹🌿اَللَّهُــــــــــــــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَی سَيَّدِنَا مُحَمَّدْ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ🌹🌿*
No comments:
Post a Comment