"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, March 24, 2024

Resepi Tart Cadbury


Bahan-bahan:

250 gram buttercup atau boleh juga margerin
4 sudu makan penuh susu pekat manis
2 sudu makan penuh myk sapi
1 bji kuning telur gred B
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
3 1/2 cawan tpung gandum (agak2 buh sikit2 agk dh elok sebati je… Jgn keras sgt nnti tart senang pecah)
Pewarna (ikut suka kaler apapun)

Cara-cara:

1: Kacau dengan tangan semua bahan diatas kecuali tepung gandum sehingga sebati sahaja.Tak perlu kembang.Barulah masukkan tepung hingga membentuk doh pada kelembutan yang sesuai.

2: Terap kulit tart dengan acuan yang sesuai,letakkan sebiji cadbury bar. Anda boleh beruskan permukaan atas dengan kuning telur untuk dapatkan warna berkilau pada permukaan atas tart.

3. Bakar pada suhu 170’C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.Ini bergantung pada oven anda.

Kredit empunya Resepi Kuih Muih

No comments: