"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 27, 2024

Meteor Paling Besar Yang Pernah Jatuh Ke Bumi.



Hoba Meteorite adalah logam meteor terbesar yang pernah di temui di dunia. Logam meteor seberat 60 tan ini dipercayai telah jatuh ke bumi 80,000 tahun yang lampau dan hanya ditemukan pada tahun 1920.

Kawasan terhempasnya meteor Hoba ini adalah di kawasan sebuah ladang di utara-tengah Namibia, Afrika Selatan, ianya agak dekat dengan bandar Grootfontein, atau "Hoba West" kerana itulah ianya digelar meteor Hoba.

Seorang petani bernama Jacobus Hermanus Brits adalah orang pertama yang menemuinya pada tahun 1920.

Beliau sendiri tidak menyangka itu adalah meteor. Semasa mula-mula menemui meteor itu, Brits buat catatan dimana "sekitar tanah tempat terhempas itu penuh dengan batu-batu kapur tapi meteorit itu berwarna hitam gelap." Saya sempat kikis batu itu" ujarnya.

Brits awalnya tidak tahu apa benda sebenarnya batu itu. Beliau kemudiannya segera memaklumkan perkara itu kepada pihak polis berkuasa tempatan.

Apabila mereka tiba, mereka mengesahkan bahawa objek itu sebenarnya ialah 'humongous' atau lebih dikenali sebagai 'meteorit'.

Walau bagaimanapun, apa yang paling membingungkan para penyelidik adalah bagaimana objek sebesar-besar alam ini yang jatuh terhempas tidak meninggalkan sebarang kesan bunyi kuat atau lubang lekuk yang dalam? Padahal beratnya itu mampu membuat tanah sekitar menjadi lubang besar.

Saiznya yang asal tidak dapat diketahui kerana telah banyak dirosakkan oleh hakisan dan vandalisme sehinggalah kerajaan Namibia mengambil langkah melindungi batuan ini dan menjadikannya sebagai tarikan perlancongan.

foto terakhir adalah Jacobus Hermanus Brits

Kredit: Wikipedia, Trend-in official, Misteri Alam De Paranormal.

No comments: