"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 20, 2024

KUIH AKOK




Bahan-Bahan:
(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)

1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
1 cawan air
1/2 cawan gandum
3 helai daun pandan (carik-carik)Secubit garam


Cara-Cara: 

Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.

Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.

Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).

TapiskanKeluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebutBakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

Note:
Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

No comments: