Sedap menjilat jari🥰
BAHAN-BAHAN :
√ Sos tiram 3 sudu
√ Sos cili 3 sudu
√ Bawang putih 4 ulas
√ Halia
√ Rempah kari 1 sudu
√ Madu 3 sudu
√ Minyak masak 2 sudu
√ Serbuk lada hitam setengah sudu
√ Kicap 2 sudu
√ Secukup rasa ½ sudu
CARA MEMBUATNYA :
Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur. Masukkan secukup rasa, kemudian masukkan bahan-bahan lain di atas. Perap lagi lama lagi sedap. Saya kelar² sikit ayam tu.
Bakar ayam pada suhu 180'c selama 20 minit. Kemudian balikkan, bakar 15 minit lagi. Kemhdian sy terbalikan lagi bakar dalam 5 minit. Tengok atas besar ayam.
Air yang bawah tapis air fryer tu boleh siram atas ayam bila dah masak. Lagi nmpk juicy.🥰
Kredit : Munira Ali
SELAMAT MENCUBA 👍
No comments:
Post a Comment