Nal'laarerkerk ni maknanya sedap guling2 kepala.
Kari ni tak pakai santan. Senang sangat buatnya. Tak yah nak tumbuk apa pun. Proses membuatnya hanya melibatkan hiris n tumis saja. Sangat sesuai untuk orang2 yang tak pandai masak kari mcm saya.
Resepi ni adik ipar saya Syukor Ahmad yang bagi. Dia memang belajar dari mamak Penang. Patutlah mamak kaya kan...? Tak yah risau harga santan naik ker turun.
Ok... ikut jer resepi ni. Resepi yang saya bagi ni TIADA KESALAHAN apa2. Kalau saya kata 10 ulas bawang putih tu, memang betul 10 ulas. Jangan la tanya "betul kerr 10 ulas," hhehehe.
Sebabnya ramai yang dah cuba resepi ni dan Alhamdulillah menjadi. Jangan bandingkan resepi kari ni dengan resepi kari yang pernah anda belajar sebelum ni.
Resepi kari ni TANPA:
Santan
Bawang merah
Asam jawa (ganti SOS TOMATO)
Halba campur
Bahan:
A: ikan atau kepala ikan...apa2 ikan yang anda suka
B: bahan tumis
1 senduk besar minyak. Kena minyak banyak baru jadi kari ni.
10 ulas bawang putih belah dua saja (betoi...10 ulas..pakai banyak)
2 bawang besar - hiris nipis. Sebiji guna utk tumis. Sebijik lagi masukkan last nak bagi pekat n kick kuah.
Daun kari
1 sudu teh biji HALBA (halba saja..bukan halba campur. Sila google kepada yg tak kenal apa itu biji halba)
B: bancuh skali
1 bungkus rempah kari (yg kecik 25 gm tu) ikut suka nak cap apa. Saya pakai cap O sebab ni orang Kedah punya. Kat Tesco ada juai.
1 sudu besar kunyit serbuk (yaaaa betul. Sebab tu kari mamak ni lepas makan tangan kita kuning)
1 cawan air
C:
Bendi atau terung atau nak sedap dua2 pun boleh.
Cili hijau kalu nak
Tomato kalu nak
D: Perasa
1 sudu besar gula
3 sudu besar TOMATO SOS
Garam secukup rasa
Cara:
1. Tumis bahan tumis sampai agak garing. Minyak kena banyak yea.
2. Masukkan B. Api slow aaaa..kacau sampai pecah minyak. Anggaran 20 minit.
Cara nak tau pecah minyak: Minyak dah banyak timbul di keliling rempah.
3. Masukkan air 1cawan atau lebih kalu nak kuah lebih n cair selit.
Nak dapatkan lagi resepi lain cari disini.
https://chat.whatsapp.com/GV2fhQkqLZOAHNelWJVstp
No comments:
Post a Comment