Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!
Duhai Anak Muda Yang Gigih Berjuang Untuk Berhijrah Dari Keburukan Pada Kebaikan.
Sisi perjuanganmu hendaklah di hiasi dengan keikhlasan kerana ia menjadi keutamaan dan kunci ketaatan seorang Mukmin.
Ikhlas itu letaknya di hati.
Ia menjadi dasar penilaian Allah terhadap amalan para hamba-hambaNya.
Ini kerana...
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sifat itu menjadi syarat agar Allah menerima segala amal ibadat yang kita lakukan.
Amalan yang di lihat besar nilainya di mata manusia belum tentu mempunyai nilai di sisi Allah tanpa keikhlasan.
Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din :
"Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal dengan ilmunya, dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas dalam amalannya."
Adakah sama kualiti ibadat kita ketika bersendirian dan ketika berada di hadapan orang?
Mohonlah petunjuk dan bimbingan dari-Nya agar kita termasuk dalam golongan beriman dan beramal dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran dari-Nya agar redhanya Allah di titipkan pada kita.
Kerana...
"Sesungguhnya aku di perintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya."
(Surah Az-Zumar : 11)
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya."
(Surah Az-Zumar : 54)
"Peringatan Buat Diri Sendiri Juga"
Segala Puji-Pujian Hanya Untuk ALLAH
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment