Arini kite masak simple.. π©π³
Tomyam Putih Campak² cara saya ye...π
Bahan² :
Ayam (potong kecil)/udang/sotong (ikut selera masing) ☺️
1 biji bwg besar (hiris)
2 ulas bwg putih (ketuk)
3 btg serai (ketuk)
3 inci lengkuas
6 Cili padi (ketuk) ~klau nk pedas lebihkan lagi π
1 Kiub Ayam Megi
Garam
Gula
Serbuk perasa
2 biji tomato
Lobak merah
Kubis bunga
6 helai daun limau purut
2 biji limau nipis (ambil jus)
Daun ketumbar/daun sup (ikut pilihan masing²)π
Air
Cara²:
Masukkan air, masukkan bwg besar yg dihiris, bwg putih,serai, lengkuas sekaligus, rebus sehingga mendidih, kemudian masukkan ayam, biarkan lagi ia mendidih sehingga ayam tu masak, masukkan cili padi, kiub ayam,daun limau purut, kacau seketika,..dah menggelegak, masukkan lobak merah, kubis bunga dan tomato, masukkan sedikit garam,gula dan sedikit serbuk perasa..kacau dan biarkan sekejap,jgn lama² sgt nnti layu plk sayur tu..last skali...masukkan jus limau nipis dan ttupkan api.. taburkan dgn daun sup atau daun ketumbar..sedia utk dihidangkan π
Siap ! π
Selamat Mencuba π€
No comments:
Post a Comment