BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus
BAHAN PERCIK :
2 batang serai di ketuk/kisar
*10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2-3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5 tangkai cili padi
Air asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
CARA MEMBUATNYA :
1. Kisar bahan* kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
2. Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
3. Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
CARA MEMBAKAR :
1. Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
3. Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balikkan sampai percik agak garing.
4. Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.
Kredit : Empunya resepi.
Jika ini resepi anda Sila beritahu admin. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment