"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, March 19, 2024

Rambut Beruban

*Anda alami masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan*

Rambut beruban, mungkin kita beranggapan akan ada pada orang berusia, sesuai dengan umurnya dan tidak pada yang masih muda.

Rambut beruban, mungkin kita beranggapan akan ada pada orang berusia, sesuai dengan umurnya dan tidak pada yang masih muda.

Jangan salah anggap, masalah rambut beruban bukan hanya pada mereka yang berusia tetapi boleh berlaku pada orang yang masih muda.

Sampaikan ada orang berkata, kalau anak muda sudah mempunyai uban, itu tandanya uban penyakit. Sedangkan ia juga boleh berlaku kerana kita terlalu tertekan.

Ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk merawat rambut beruban. Malah, ada juga yang membiarkannya begitu sahaja, sampaikan ada yang berbunyi, rambut beruban sebelum usianya.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang mempunyai masalah rambut beruban, ada cara untuk merawatnya dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan sahaja.

Terlebih dahulu, anda perlu mengetahui sebab-sebab masalah rambut beruban.

Di antaranya adalah kerana kekurangan zat, sering bertukar-tukar minyak rambut, faktor genetik serta tekanan yang keterlaluan.

Disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan itu, susunan rambut menjadi tidak sihat, tidak sempurna dan mempengaruhi pembentukan melanin atau pigmen rambut dan muncul uban pada rambut dan bertukarlah warna rambut daripada hitam ke warna putih.

*KHASIAT DAUN RAMBUTAN*

Daun pokok rambutan sangat mudah diperolehi terutama di kawasan yang mengalami iklim tropika.

Ia memiliki bahan kimia seperti tannin, saponin, polifenol dan beberapa jenis hormon yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut.

Bahan kimia yang terdapat pada daun pokok rambutan dipercayai dapat menghidupkan atau mendorong pembentukan melanin dan pigmen rambut.

Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengembalikan warna rambut, membuat rambut tumbuh dengan subur serta mengurangkan masalah keguguran rambut.

*CARA PENYEDIAAN:*

1. Cara menyediakan daun pokok rambutan untuk dijadikan ramuan bagi mengatasi masalah uban adalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih.

2. Anda juga boleh menumbuk halus daun pokok rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air.

3. Setelah itu, perah daun pokok rambutan yang telah dikisar atau ditumbuk itu untuk mendapatkan airnya.

4. Kemudian usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih.

5. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih.

Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun pokok rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan.

Dengan itu, rambut beruban akan kelihatan menghitam tanpa penggunaan pewarna rambut sehingga anda dapat mengatasinya secara kekal dan mengembalikan keyakinan diri.
*Selamat Mencoba*

No comments: