"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, March 26, 2024

RAHSIA 1 SEN : BAGAIMANA PERNIAGA INDIA KUASAI SEMUA DERETAN KEDAI DI JALAN MAXWELL RAWANG, SELANGOR



Assalamualaikum semua. Kisah bagaimana perniaga orang India boleh kuasai *semua deretan kedai di Jalan Maxwell Rawang* yang dulunya dikuasai *perniaga Orang Cina* diceritan oleh guru bisnes Dato "R" pada tahun 2015 di Kota Damansara.

*Sejarah Jalan Maxwell Rawang* :  Zaman 1980an merupakan pekan kecil yg dipenuhi deretan kedai lama dimiliki oleh 100% perniaga oleh Orang Cina. Kecuali satu kedai rempah (sewa) dan gerai jual bunga diusahakan perniaga Orang India. Maybank & Hong Leong Bank juga terletak di Jalan Maxwell. Sekarang tinggal Bank Hong Leong shj. Aku melihat sendiri perubahan perkembangan perubahan kuasa perniagaan drpd orang Cina kepada Orang India. Rawang hometown aku drpd kecil tempat membeli belah dan pernah bekerja di 7Eleven tepi Bas Stand Rawang tahun 1992 semasa tunggu result SPM. 

Pada tahun awal 1980a, *satu kempen khas telah dilancarkan oleh Samy Velu (pemimpin MIC)*. Pada masa itu, org India merupakan kaum yg paling banyak tertinggal dalam semua aspek jika dibandingkan dengan kaum Melayu dan Cina di Malaysia terutama bidang perniagaan & ekonomi. Samy Velu bersama seorg prof di UM (Prof X) & pegawai bank Rawang (Mr.Y) membuat keputusan untuk merubah kaum India (sumber pendapatan) di Malaysia hanya dengan melahirkan ramai usahawan & perniaga drpd kaum India sendiri.  

*3 RAHSIA & LANGKAH UTAMA* drastik yang telah diambil oleh pemimpin MIC (Samy Velu) kepada Kaum india bermula tahun awal 1980an bermula dan dilancar secara senyap-senyap di Pekan Rawang : 

1) *RAHSIA 1* : Melancarkan kempen *Setiap 1 Sen Duit Orang India WAJIB dibelanjakan di Kedai @ Perniaga Kaum India Sahaja*. Kecuali sudah cari 10-20 kedai@ perniaga org India tiada jual barang dicari, baru beli dengan kaum lain. *Support kedai bangsa sendiri dulu supaya perniaga Orang India maju & berjaya*. 

2. *RAHSIA 2* : *TIDAK MEMBENARKAN kaum/bangsa lain MENJUAL atau BERNIAGA KEPERLUAN ORANG INDIA* (keperluan makanan, pakaian & agama dll). Anda korang nampak bangsa lain jual sari dan keperluan agama mereka. TIADA! 

3. *RAHSIA 3 : WARKAN KEMPEN & KELAS BISNES PERCUMA* Semua kuil-kuil Orang India membantu dalam kempen ini,  buat hebahan &  menyediakan kursus perniagaan percuma kepada org India. Perniaga yang berjaya mengajar secara percuma kepada org India lain di kuil bg melahirkan usahawan baru. Mana-mana orang India tidak mahu membeli dengan org India sendiri akan diambil tindakan tegas. 

*KESAN & HASIL  selepas lebih 20 tahun* daripada kempen yang di lancarkan oleh Samy Velu telah berjaya melahirkan ramai usahawan & perniaga Kaum India tanpa bantuan kerajaan & subsidi. Cukup sekadar *BANTUAN BANGSA SENDIRI iaitu "SETIAP 1 SEN DUIT ORANG INDIA WAJIB DIBELANJAKAN KEPADA PERNIAGA INDIA SAHAJA*. Inilah kempen & sumbangan paling besar pemimpin MIC Samy Velu kepada kaum India di Malaysia dalam meningkatkan sumber pendapatan & memajukan bangsanya sendiri. 

*Jadi kesan dan bukti 3 Rahsia ini berjaya*, korang boleh lihat bermula tahun 2000 hingga sekarang semua kedai-kedai di Jalan Maxwell ini telah *dikuasai oleh Perniaga Kaum India hampir 95%*. Sekitar Rawang ini ada lebih kurang 20% penduduknya kaum India. Aku respek kepada Samy Velu atas kempen untuk merubah nasib bangsanya di bumi Malaysia. 

*KESIMPULANNYA* apa yang kita bangsa Melayu Islam boleh belajar daripada 3 Rahsia di atas : 

1) *PASTIKAN SETIAP 1 SEN DUIT ORANG MELAYU ISLAM DIBELANJAKAN Kepada PERNIAGA MELAYU MUSLIM* Cukup-cukuplah KAYAkan bangsa lain. Ubahlah sifat kita daripada HASAD DENGKI terutama perniaga sesama Perniaga Melayu Islam. Percayalah Rezeki drpd Allah. Dengan kita membelanjakan setiap 1 sen, kita bantu lahirkan ramai usahawan Melayu Islam dilahirkan. Dalam tempoh 20 tahun akan datang kita Kuasai Ekonomi & mewujudkan peluang pekerjaan kepada bangsa sendiri. *Bagitahu anak-anak cucu kita & diri kita sendiri, mula hari ini SETIAP 1 SEN DUIT kita dibelanjakan kepada perniaga & produk Muslim*. 

2) *Bangsa Kita Sendiri Menyediakan keperluan Kita Melayu Islam*. Bukan Bangsa lain. Kesilapan kita, membenarkan keperluan daripada lahir, kahwin sehingga mati disediakan oleh kaum lain (Orang Cina). Inilah punca kita orang Melayu Islam tidak kuasai ekonomi. 

3) *MENYEDIAKAN RUANG NIAGA & KURSUS PERNIAGAAN / KEMAHIRAN PERCUMA* Di Masjid / Surau di Malaysia. Masjid dan Surau boleh membantu dalam sediakan ruang kiosk atau niaga untuk perniaga/usahawan baru macam makcik Kiah untuk meletakkan produk mereka untuk dipasarkan. Sukar untuk usahawan baru meletak di kedai-kedai @ tempat perniaga bangsa lain. Jika boleh letak pun, di tempat tersorok, orang kita tak nampak.  Kita sediakan "vending point" untuk perniaga muslim memasarkan produk mereka. Jika 50% Masjid & Surau di Malaysia yg baca catatan saya ini, laksanakan. Dalam tempoh 5-20 tahun akan datang ramai Usahawan Melayu Islam akan dilahirkan. 

Semoga perkongsian saya ini memberi manafaat dan dapat mengubah nasib bangsaku. Sila kongsi dengan kawan-kawan dan sahabat group sebelah.

"Kita  SENDIRI rakyat biasa yang Boleh Ubah Nasib Bangsa Melayu Islam, bukan pemimpin kita Sekarang".

BOIKOT kepada sesuatu produk atau Kedai tindakan  sementara. *JOM UBAH, BELANJAKAN SETIAP 1 SEN KEPADA PRODUK, KEDAI & PERNIAGA MELAYU, MERUPAKAN TINDAKAN TERBAIK DALAM MEMASTIKAN KE ARAH MELAHIRKAN RAMAI PERNIAGA BERJAYA & KUASA EKONOMI DALAM 10-20 TAHUN AKAN DATANG"*

Sama-sama kita menyediakan keperluan orang Melayu Islam sendiri sedikit demi sedikit. 

Sekian terima kasih. 

Pandak : 
27/3/24

No comments: