🌺
Apakah perbezaan antara serum dan krim pelembap muka❓❓
❤Selain dari menambahkan tahap lembapan kulit, penggunaan serum amat penting kerana ia dirumus khas untuk membekalkan nutrien ke dalam lapisan kulit yang tidak mampu dicapai dengan hanya mengunakan krim pelembap.
💛Terdapat pelbagai jenis serum boleh didapati di pasaran, seperti serum anti-penuaan, serum pencerah dan tidak lupa juga serum anti-jerawat.
💚Gunakan serum selepas menggunakan penyegar dan sebelum menggunakan krim pelembap.
💙Krim pelembap mempunyai saiz molekul yang besar jika dibandingkan dengan serum. Ini bermakna krim pelembap tidak mampu menembusi kulit seperti serum.
💜Serum membekalkan nutrien manakala krim pelembap pula memberi kelembapan dan menghidratkan kulit
*Semoga BERMANFAAT 🥰*
No comments:
Post a Comment