Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah(erawan brand)
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kpd 3/4 cwn shj)
2 1/4 - 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak utk menggoreng
Cara membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan utk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, Tuang air gula merah tadi sedikit2 dan adun sebati.Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit2 sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Tapis adunan kedalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul buble2 atau timbuk menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.
(Boleh juga diperap didalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota:Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik.Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik,ringan,rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
No comments:
Post a Comment