Bahan-bahan:
* 1 biji Kelapa parut (disangai)
* 1 cawan gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil pewarna kuning
* 1 cawan marjerin
* 1 cawan tepung jagung / 250g
* 3 cawan tepung gandum
* 3 biji telur gred A
Cara-cara:
1. Pukul telur menggunakan senduk, kacau2 kemudian masukkan gula dan kacau lagi bagi rata.
2. Bila dah sebati gula dan telur masukkan marjerin, kacau terus. Lenguh juga tangan tu. Bila dah sebati, masukkan kelapa parut dan kacau lagi
3. Masukkan esen vanilla, baking powder dan pewarna kuning. Kacau sebati
4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, uli guna tangan sampailah tepung tak lekat di tangan kemudian terapkan acuan
5. Masukkan dalam oven, tunggulah sampai masak ya. Oven akak ni oven kampung je, jadi akak takde set masa atau suhu. Pastikan panaskan oven dulu ya sebelum bakar kuih. Selamat mencuba.
Nota: Bagi yang susah nak dapatkan kelapa tu, boleh ganti dengan kacang. Kacang tu goreng tanpa minyak dan kisar halus. Bagi yang tak ada mentega atau marjerin bolehlah tukar dengan minyak masak atau minyak jagung
No comments:
Post a Comment