"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, March 20, 2024

OPTIMALKAN RAMADHAN DIKALA SIBUK

*🟣بسْـــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم🟣*

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh*

*🗒️ 
*Menghadapi bulan yang sangat mulia ini memang memerlukan perhatian yang lebih.*

*Kita mesti mengumpulkan segala upaya dan tenaga agar kita menjadi hamba-Nya yang sukses di bulan ini.*

*Bagaimana tidak, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu,*

*Allah membuka pintu kebaikan selebar-lebarnya kepada para hamba-Nya dan menutup segala pintu-pintu pemicu kemaksiatan.*

*Mengiringi keikhlasan di setiap amal*
*Ikhlas adalah salah satu dari dua syarat diterimanya ibadah.*

*Tanpa keikhlasan, maka amalan yang susah payah dikerjakan akan hilang sia-sia.*

*Mengikhlaskan segala amalan untuk Allah semata, dan hanya mengharap ridha-nya,*

*Serta sama sekali tidak berharap pujian manusia maupun kemasyhuran di tengah manusia.*

*Maka itu, kiat ini merupakan kiat yang teramat penting dibanding kiat-kiat lainnya,*

*Diperlukan upaya yang sangat keras untuk mencapai derajat mukhlisin (hamba-hamba-Nya yang ikhlas).*

*Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :*

*"Allah ta’ala berfirman,* *'Aku adalah Dzat yang paling tidak memerlukan sesuatu.*

*Barangsiapa yang melakukan amalan yang di dalamnya dia mempersekutukan selain-Ku bersama diri-Ku,*

*Maka Ku-tinggalkan dia bersama kesyirikannya."*
*📚 [HR. Muslim]*

*Tanda seseorang dikatakan ikhlas ialah ketika ia memurnikan tujuan bertaqarrub hanya kepada Allah dari hal-hal yang mengotorinya*

*Menjadikan Allah ta’ala sebagai satu-satunya tujuan dalam segala bentuk ketaatan.*

*Meminta pertolongan kepada Allah, Manusia adalah makhluk yang dhaif (lemah) dan penuh kekurangan.*

*Segala ibadah yang kita kerjakan semuanya atas taufik dari Allah. Allah memberi kita kekuatan sehingga tubuh kita mampu melakukan segala aktiviti fizik,*

*Allah memberi kita pertolongan sehingga kita mampu melakukan ketaatan kepada-Nya.*

*Kita tidaklah berhak menyandarkan ibadah kepada diri sendiri, namun semestinya semua ketaatan yang kita kerjakan adalah buah dari pertolongan Allah.*

*Laa haula wa laa quwwata illa billah, (tiada daya dan upaya melainkan semua kerana pertolongan dari-Nya.]*

*Allah ta’ala berfirman,*

*"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan."*
*📚 [QS. Al-Fatihah : 5]*

*Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,*

*"Jika Engkau meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah."*
*📚 (HR. Ahmad dan Tirmidzi]*

*🌹🌿اَللَّهُــــــــــــــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَی سَيَّدِنَا مُحَمَّدْ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ🌹🌿*

No comments: