"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, March 24, 2024

Lepat Cendol Versi Acuan Lompang

Lepat cendol versi acuan lompang πŸ˜…, duk bandar susah cari daun pisang, kita tukar kaedah letak dalam acuan lompang je, saja tambah kacang merah ☺️.


πŸ’š 1 cawan tepung jagung
πŸ’š 2sb tepung hoen kwe
πŸ’š 1 cawan gula
πŸ’š 5 1/2 cawan santan ( sy pakai santan kara kotak kecik bancuh dengan air, nak guna santan fresh pun boleh )
πŸ’š 1sk garam
πŸ’š Daun pandan disimpul
πŸ’š 1 paket kecil cendol
πŸ’š 1 tin kacang merah

Cara :

✓Basuh cendol & kacang merah, dan toskan,
✓Satukan semua bahan kecuali cendol & kacang merah,
✓Kacau semua bahan sehingga sebati dan tiada ketulan,
✓Masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan berbuih letup²πŸ˜… sentiasa kacau agar adunan tak berketul,
✓Masukkan cendol & kacang merah,
✓ Tutup api dan boleh tuang dalam acuan,
✓ Sejukkan dan sedia dimakan 

Selamat Mencuba semua πŸ€—.

No comments: