*BAHAN2*
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air kapur..Tak nak letak pn boleh
Pewarna hijau
Kelapa parut putih + sedikit garam..Gaul
*CARA2*
1) Cuci beras pulut..Rendam 1 jam lebih.. Masukkn sekali sedikit pewarna hijau dan air kapur
2) Kisar daun pandan brsama 1/2 cawan air.. Tapiskn
3) Kemudian toskan beras pulut..Masukkan dlm loyang..( nak alas loyang dgn daun pisang pn boleh).. Tuang sekali dgn santan, air pandan dan sedikit garam.. Nak pulut nampak lagi cantik..Tambah beberapa titis lagi pewarna hijau
4) Kukus pulut tadi selama 40 - 50 minit
5) Atau boleh juga pulut tu kukus separuh masak.. Kemudian letak pulut agak2 dlm daun pisang.. Gulungkn..ikat kiri dan kanan daun pisang dgn tali yg sesuai..Kemudian kukus semula sampai masak
6) Kemudian tunggu sejuk.. Potonglah ikut bentuk yg disukai.. Golekkan dlm kelapa parut putih
*🌹RESEPI & CARA BUAT AIR GULA MELAKA😍*
*Bhn2nya*
1 1/2 ketul gula melaka
1 cawan air
3 helai daun pandan.. Simpulkan
Sedikit garam
*CARA2*
1) Masak sampai larut gula melaka likat..Kemudian tapiskn
2) Sedia untuk dimakan brsama kuih lopes tadi
No comments:
Post a Comment