Bahan Kulit :
2 cwn tpg gandum
2 cwn air pandan
1 cwn santan cair
1 biji telur (buang pusat)
secubit garam
6@8 helai daun pandan
Pewarna hijau
Kisar daun pandan dengan air, kemudian tapis ambik airnya sahaja.
Campurkan dengan bahan2 yang lain kacau sebati
Nak blend pun boleh
Guna kuali biasa yang kita selalu guna (kalau ada kuali legend yang hitam tu lagi bagus 😁)
Sapukan minyak atas kuali, sapu nipis je(sy guna tisu dapur) .. ambik satu senduk tuang dan lenggang
Kuali kena betul2 panas
Tunggu smp masak semua kulit ketayap baru angkat
Letak inti gulung
Bahan Inti :
Sebiji kelapa parut (putih saja)
1 cwn gula merah
sedikit air
2 helai daun pandan
2 sudu tpg gandum
Masak gula merah, gula putih dgn air smp hancur bersama daun pandan
Masukkan kelapa
Masak sampai kering. Bila dah agak kering masukkan 2 sudu tpg gandum
Kacau lagi smp kering n berkilat (kalau sy buat x kering sgt lembab2 sikit baru sedap)
Kredit : Zaimah Zakaria
No comments:
Post a Comment