Ramuan
2 bungkus Tauhu Telur (potong bulat)
3 camca besar Tepung Jagung
Secukupnya Minyak Masak
6 ekor Udang Segar (siap dicuci bersih)
2 ulas Bawang Putih (cincang halus)
2 keping Halia (hiris nipis memanjang)
2 gelas Air Tapis
1 bungkus Cendawan Enoki (buang bahagian hujungnya, cuci bersih, toskan)
1/4-1/2 biji Lada Benggala Kuning (buang biji,potong dadu)
2 biji Tomato Merah (potong bulat)
1 camca teh Serbuk Lada Sulah
1 camca teh Serbuk Lada Sulah
1 camca kecil KFC Garam Himalaya
1 camca kecil KFC Sos Ikan
1 batang Daun Bawang (potong halus)
Langkah-langkah
Siapkan bahan-bahannya.
Salut tauhu telur dengan tepung jagung hingga rata.
Panaskan secukupnya minyak masak. Goreng tauhu hingga garing.Tutup api. Angkat, toskan tauhu.
Ambil sedikit lebihan minyak goreng, panaskan dalam kuali satu lagi. Tumis udang hingga berubah warna.Keluarkan udang dari kuali.
Tumis bawang putih dan halia cincang hingga kekuningan. Masukkan air dan serbuk lada sulah. Masak hingga kuah supnya mendidih.
Masukkan cendawan enoki dan lada benggala.Kacau. Masukkan tomato, tauhu telur dan udang.
Masukkan garam himalaya dan sos ikan.Kacau. Seimbangkan rasa.Siap. Hidangkan semasa masih panas.
*Let's Cooking 🥰*
No comments:
Post a Comment