"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, September 27, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 27 Muharram 1441H☆



إِنَّنِیۤ أَنَا ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِی وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِیۤ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku" [Surah Ta-Ha 14]

#Allah swt memerintahkan kita menyembahNya. Hanya Allah, Tuhan yang wajib kita sembah, tiada selainNya. Dan diantara tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembahNya, mengabdikan diri kepadaNya.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Surah az-Zhariyat 56]

#Salah satu perbuatan dan amalan utama untuk mengabdikan diri kepada Allah swt ialah dengan menunaikan solat. Dengan menunaikan solat akan mengingatkan kita kepada Allah swt.

#Untuk mengingatkan kita kepada Allah ketika solat maka hati mesti khusyuk. Hati yang hanya ingat akan Allah, ingat akhirat, ingat kematian, penuh menghayati kalam yang dibaca. Hati yang tenang dan damai daripada gangguan dunia dan sampah-sampah syahwat. Imam Junaid al-Baghdadi rahimahullah berkata, khusyuk adalah perasaan rendah diri di dalam hati di hadapan Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara ghaib.

#Nabi saw bersabda:

اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ

"Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingati mati dalam solatnya, maka ia akan memperelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (melaratnya) (kerana tidak mampu memenuhinya)" (HR al-Baihaqi)

#Berkata Imam Ibnul Qayyim dalam kitab Maadarij as-Saalikin:

صَلَاةُ المُنَافِقِينَ صَلَاةُ أَبْدَان، لَا صَلَاة قُلُوب

"Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat dengan hati".

♡Sembahlah Allah dengan sebenar-benar sembahan dan jangan sesekali lalai dan syirik kepadaNya. Solatlah dengan benar-benar khusyuk dan jangan sesekali dilakukan sambil lewa kerana solat adalah amalan pertama akan dihisab di Mahsyar kelak♡

No comments: