"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, September 25, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1441H☆


وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ ۚ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah at-Taubah 61]

#Berkata Syeikh al-Maraghi dalam tafsirnya: "Menyakiti Rasulullah saw selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar".

#Jika kita mencintai dan menyayangi baginda Rasulullah saw maka wajib untuk kita mempertahankan dan mengagungkan baginda melebihi daripada segala makhluk yang lain.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Hisyam r.a berkata:

“Kami mengiringi Nabi saw, dan baginda memegang tangan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. Kemudian Sayidina Umar berkata kepada Nabi saw: "Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku". Maka Nabi saw menjawab: "Tidak, demi yang jiwaku berada di tanganNya, hendaklah engkau sangat mencintaiku melebihi dirimu". Lalu Sayidina Umar berkata kepada baginda: "Sungguh, sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku". Maka Nabi saw bersabda: "Sekarang (engkau benar), wahai Umar" (HR al-Bukhari)

#Keimanan yang kukuh, berusaha mengikuti sepenuhnya ajaran rasul, menyibukkan diri dengan seruan dakwah, merelakan diri untuk melakukan perkara kebaktian dan kebajikan serta istiqamah memperjuangkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah dengan sebenar-benar kesungguhan akan menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang menyakiti dan mengecewakan baginda saw.

#Jauhilah lidah dan perbuatan kita daripada perkara yang menyebabkan kita menyakiti baginda saw. Jauhilah perbuatan dosa dan maksiat. Jangan sesekali menghina dan memperlekehkan kedudukan dan kemuliaan baginda saw. Jangan sesekali bersikap sambil lewa dalam mengamalkan ajaran baginda saw. Jangan sesekali menentang perjuangan dan dakwah baginda saw. Jangan sesekali mendahului di dalam sesuatu urusan atau hukum hakam agama yang telah ditetapkan oleh baginda saw. Kerana semua ini termasuk menyakiti Rasulullah saw.

#Begitu juga kepada orang bukan Islam, hormatilah ajaran Islam dan umat Islam. Jangan sesekali menghina dan memperlekehkan ajaran Islam. Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji berkenaan tanggungjawab orang bukan Islam di dalam negara Islam: “Mereka hanya dibenarkan memperkatakan perkara yang baik tentang agama Islam. Jikalau mereka memburuk-burukkan al-Quran, Rasulullah saw atau mencaci undang-undang Allah, mereka akan dihukum ta’zir.”

♡Ingatlah, jangan sesekali terlibat dalam perbuatan menyakiti Rasulullah saw. Penghinaan kepada Allah, Rasulullah saw dan ajaran Islam adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dibuat main-main. Hiduplah dengan harmoni dan hormatilah hak setiap manusia dan pegangannya♡

No comments: