"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Monday, September 23, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 23 Muharram 1441H☆


فَكَیۡفَ إِذَا جِئۡنَا مِن كُلِّ أُمَّةِۭ بِشَهِیدࣲ وَجِئۡنَا بِكَ عَلَىٰ هَـٰۤؤُلَاۤءِ شَهِیدࣰا

"Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?" [Surah an-Nisa' 41]

#Di dalam kitab Siyar A'lam an-Nubala' meriwayatkan Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair menceritakan bahawa bapa beliau membaca ayat ini, surah an-Nisa' ayat 41, Ibnu ‘Umar yang mendengar lalu menangis sehingga basah janggut dan bajunya dengan air tangisannya sehingga aku ingin berkata kepada bapaku: “Cukuplah, engkau telah memudaratkan syeikh (Ibnu ‘Umar)”.

#Golongan salafus soleh sangat menghayati dan sensitif dengan kalam Allah swt terutama ayat berkaitan perihal hari akhirat. Mereka tersangat bimbang kedudukan mereka di akhirat kelak samada beroleh kejayaan atau kesengsaraan. Mereka selalu menangis dengan tangisan kebimbangan yang luar biasa.

#Dikisahkan juga oleh Mu'ammar bahawa Sulaiman at-Tamimi rahimahullah solat di sebelahnya pada waktu terakhir solat Isyak. Mu'ammar mendengar beliau membaca surah al-Mulk. Apabila sampai pada ayat:

فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةࣰ سِیۤـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟...

"Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu... [Surah al-Mulk 27]

Sulaiman at-Tamimi berulang-ulang kali membaca ayat tersebut sehingga jemaah masjid semakin berkurangan dan akhirnya semua balik termasuk Mu'ammar. Ketika Mu'ammar pergi semula ke masjid untuk azan Subuh, Sulaiman at-Tamimi masih lagi berada di tempat solatnya, masih berdiri dan mengulang-ulang membaca ayat yang sama iaitu separuh ayat 27 surah al-Mulk ( dengan penuh kegerunan dan keinsafan).

#Diriwayatkan juga Syeikh Abul Hasan as-Sari bin Mughalis as-Saqati rahimahullah, seorang tokoh ilmuwan dan ahli sufi yang terkenal, jika waktu malam tiba, beliau akan bangun dan solat sehingga mendorongnya untuk menangis pada awal malam. Beliau kemudian menangis lagi dan menangis lagi. Apabila berasa letih, beliau semakin kuat menangis.

#Al-Qasim al-A’raj berkata: “Sa’id bin Jubair rahimahullah sangat banyak menangis pada waktu malam sehingga kabur penglihatannya".

#Lihatlah bagaimana orang soleh dan ahli ibadah menghayati kalam Allah dalam kehidupan mereka. Mereka merasa gerun dengan kedahsyatan akhirat tatkala mengalunkan ayat-ayat Allah dan bimbang dengan dosa-dosa mereka (walaupun mereka bukan pembuat dosa). Bagaimana pula dengan kita yang hampir hari-hari melakukan dosa?. Bagaimana kita yang setiap hari langsung tidak membaca al-Quran?. Jika dibaca pun bagaimana pula penghayatan kita dengan ayat-ayat berkaitan kematian dan masa depan kita di akhirat??. Pernahkah kita menangis dan gerun dengan kedahsyatan akhirat tatkala membaca ayat-ayat Allah??. Menangiskah kita? Gerunkah kita? Insafkah kita?? Muhasabahlah!!

♡Contohilah golongan salafus soleh dalam mengharungi kehidupan didunia ini. Jadilah pembaca al-Quran yang berusaha memahami ayat-ayatNya dan sentiasa beribadah dengan penuh kekhusyukkan, tangisan dan keinsafan. Banyakkan menangisi dosa-dosa kita, semoga Allah menjauhkan kita daripada azabNya. Aamiiin♡

No comments: