"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, September 25, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 24 Muharram 1441H☆


إِنَّ ٱلَّذِینَ یُحِبُّونَ أَن تَشِیعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِی ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)" [Surah an-Nur 19]

#Mencipta dan mereka fitnah itu mudah. Menyampaikan fitnah juga mudah. Menyebarkan fitnah juga mudah. Membuat orang ramai percaya dengan fitnah yang direka juga mudah. Merosakkan imej mangsa fitnah juga mudah.

#Namun, dalam ayat ini Allah mengingatkan bahawa azab yang akan ditanggung oleh pembuat dan penyebar fitnah itu tidak mudah. Terlalu dahsyat dan ngeri azab yang menanti.

#Pada malam Israk Mikraj, ada satu golongan yang dilihat sedang menggunting bibir dan lidah mereka. Rasulullah saw bertanya kepada Jibril, siapakah mereka itu?. Dijawab Jibril: "Merekalah penyebar fitnah" (HR at-Thabrani)

#Perbuatan menyebarkan fitnah kelihatan mudah dan ringan, namun ingatlah bahawa perbuatan itu dikira salah satu dosa besar yang bakal menempah azab yang berat. Firman Allah swt:

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَیۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ وَتَحۡسَبُونَهُۥ هَیِّنࣰا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِیمࣱ

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya" [Surah an-Nur 15]

#Perbuatan menyebarkan fitnah juga menjadi penyebab seseorang itu diharamkan syurga untuknya. Sabda Rasulullah saw:

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" (HR Muslim)

♡Berwaspadalah, janganlah kita tergopoh gapah dalam berkongsi apa-apa sahaja berita atau maklumat yang belum tentu sahih, dibimbangi ia berita fitnah. Dibimbangi apabila fitnah sudah tersebar, terlalu susah untuk menghentikannya dan kadangkala melatanya fitnah itu diluar jangkaan kita serta kesannya juga berpanjangan dan tiada cara mudah untuk menamatkannya. Takutlah akan azab Allah, jangan sesekali terlibat dengan penyebaran fitnah!!♡


No comments: