"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, September 27, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 26 Muharram 1441H☆


وَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِیعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat" [Surah an-Nur 56]

#Untuk memperolehi rahmat daripada Allah swt, tiga perkara yang diminta untuk kita lakukan:

1. Dirikan solat
2. Tunaikan zakat
3. Taat kepada Rasulullah saw.

#Melakukan ketaatan dan amal soleh serta mencintai baginda Rasulullah saw mengundang turunnya rahmat Allah dalam kehidupan kita. Dengan rahmat Allah, kita akan merasa tenang dan bahagia serta jauh daripada bala bencana.

#Orang yang sentiasa mendirikan solat, akan sentiasa didoakan kebaikan oleh Allah dan para malaikat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidatina ‘Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat (merahmati) terhadap (orang yang berada) dibahagian saf yang kanan" (HR Abu Dawud)

#Begitu juga dengan amalan zakat, mengundang rahmat dalam bentuk keamanan. Syeikh Ali al-Jarjawi dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa Falsafatuhu berkata:

“Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada keamanan dalam negara. Beliau memberi banyak alasan dan hujah bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas menunjukkan bala menimpa masyarakat, negeri, negara dan tempat di mana pengabaian untuk mengeluarkan zakat berlaku. Natijah yang lebih parah lagi membawa kepada pembunuhan, jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan kewangan.”

#Dan rahmat terbesar akan kita perolehi apabila mentaati Rasulullah saw dengan menunaikan seluruh ajaran yang disampaikan oleh baginda.

وَإِن تُطِیعُوهُ تَهۡتَدُوا۟ۚ وَمَا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِینُ

"Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata" [Surah an-Nur 54]

♡Tunaikanlah solat, zakat dan bersungguh-sungguhlah mentaati Rasulullah saw agar kita sentiasa dinaungi rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat♡

No comments: