"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, September 27, 2019

KEBANGKITAN SEMAKIN HAMPIR BERLAKU?!


Melayu adalah satu bangsa yang menduduki kepulauan jauh ke Timur. Bangsa atau rumpun Melayu adalah dari Cambodia, Vietnam, Laos dan sebahagian dari Burma, Selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan  Borneo, Filipina, Kepulauan Indonesia, Papua New Guinea, dan Utara Australia. Melayu adalah bangsa yang banyak puaknya. Setiap puak ini ada bahasa mereka tersendiri. Tetapi bila bertemu suatu puak dengan yang lain, pertuturan mereka kebanyakkan menerusi bahasa baku. Jika kita bukukan Bahasa Melayu dengan menghimpunkannya baik dari puak seperti Jawa, Banjar, Bengkulu  dan lain-lain, nyata, Bahasa Melayu ini suatu bahasa yang amat kaya. Tetapi sampai ke hari ini belum ada lagi orang persendirian yang melangkah ke hadapan untuk mengumpulkan istilah-istilah bahasa Melayu. Dan kebanyakkan istilah kini kita terpaksa pinjam dari bahasa luar. Padahal Bahasa Melayu ini terlalu banyak dan kaya dengan istilah-istilahnya. 

Alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memuliakan bangsa Melayu dengan meletakkan atau memberi hormat dengan suatu jawatan tertinggi yakni Penghulu Wazir buat Sultan Sahibul Zaman Imamul Mahdi a.s.. Jadi pangkat wazir Melayu atau Penghulu Wazir yang berbangsa Melayu ini adalah Burhanu Kuramah Ghawthu-L Anam. Penghulu Wazir ini adalah seorang bangsa Melayu yang berbahasa Melayu. Bahasa Melayu ini halus bahasanya sebab berdasarkan rangkaian bahasa-bahasa lama.

BURHANUL KURAMA GHAWTHU-L ANAM 

Jadi diletakkan oleh Allah s.w.t seorang penghulu kepada segala wazir yang berbangsa Melayu, yang tidak disebut namanya tetapi disebut pangkatnya, Burhanul Kurama Ghawthu-L Anam. Burhanul Kurama maksudnya karamah yang indah. Seperti sebuah kisah seorang Abdal di Syria. Ia telah ditangkap oleh kerajaan dan dibuang negeri, dihantar duduk ke Lebanon. Sebaik sahaja beliau dipindahkan ke Lebanon, maka kurang Abdal di Syria menjadi 39 orang. Maka dengan tiba-tibanya Syria tidak menerima hujan dari sebulan ke sebulan hingga ke setahun. Maka pemerintah ini dapat menyaksikan Karamah Burhan Abdal tersebut,lalu dikembalikan Abdal tadi kepada asalnya, kepada kedudukannya di Syria. Sebaik sahaja beliau kembali ke Syria, hujan pun turun membasahi bumi Syria. 

Karamah yang burhan ini maksudnya  karamah yang indah. Kalau ia berada di suatu tempat itu, murah rezeki semua orang kerana dengannya. Kalau ia masuk kedai makan maka semua orang berduyun-duyun pula makan disana, seolahnya membawa barakah. Selalunya karamah ini tidak ditonjolkan tetapi jika diperhatikan dan dilihat dengan baik dapat kita menyaksikan karamah ini. 
 
Ghawthu-L Anam, iaitu salah satu pangkat daripada Qutb. Dalam dunia ini semuanya ada dua puluh dan Qutb yang tertinggi tu dipanggil Ghawth atau Qutbul Qutb. Ketika zaman Al-Mahdi a.s. dijanjikan oleh Allah s.w.t  Al-Mahdi a.s. akan dikelilingi 313 orang Ghawth atau Qutbul Qutb. Sedangkan untuk waktu-waktu biasa di mana kepimpinan Al- Mahdi tiada, hanya seorang sahaja Ghawth pada suatu masa. Tetapi apabila zaman Al-Mahdi a.s., dimuliakan oleh Allah s.w.t. akan bangsa manusia ini dengan diberi 313 ‘Grand Sheikh’ ataupun Ghawth, adapun penghulunya iaitu Ghawthu-L Anam. 
 
Seperti di dalam Al-Quran juga adanya kepala surah, pembuka surah, dan penghulu surah. Seperti mana dalam zaman Al-Mahdi a.s. kelak ada Penghulu Ghawthya, Ketua Ghawth, Sultanul Arifin, dan Sultanul Awliya. Ianya berpangkat-pangkat. Dan dijanjikan juga oleh Allah s.w.t Ketua Jeneral atau Ketua Pahlawan peperangan Al-Mahdi a.s. itu adalah seorang yang berbangsa Melayu. 
  
Walaupun Ketua Jeneral Al-Mahdi a.s. berbangsa Melayu, tidak semestinya jeneral-jeneral yang 70 000 dari jeneral Al-Mahdi a.s. semua berbangsa Melayu. Akan tetapi diketuai oleh ketua yang berbangsa Melayu. Sepertiga dari jeneral itu diberikan kepada bangsa Melayu yang mempunyai darah keturunan pahlwan-pahlawan Melayu dan juga berketurunan ahlul bait.  Ahlul bait di kalangan orang Melayu ini ramai. Jadi benarlah kata Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Laksamana Hang Tuah menyebut “Takkan Melayu hilang di dunia”. Jadi bangsa Melayu ini di akhir zaman pun dimuliakan oleh Allah Ta’ala.

Pernah Rasulullah s.a.w menunjukkan jari baginda ke arah timur jauh, Baginda bersabda “Akan bangkit satu bangsa dari timur jauh yang berduyun-duyun mereka masuk ke dalam agama Islam.”

Asalnya orang Melayu ini adalah satu bangsa yang menganut samada agama Buddha atau Hindu. Tetapi 700 tahun yang lalu,dengan berkat doa Rasulullah s.a.w. datang ahli sufi atau ahli tasawuf ,masyaikh dari tariqat berhijrah, berdakwah dan berniaga ke Tanah Melayu. Kerana mereka ini menampilkan laku yang lemah lembut dengan hati yang zuhud, maka ramai orang Melayu yang tertawan dengan peradaban dan tingkah laku mereka. Sehingga datang mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam dengan redha.

Bangsa Melayu ini memeluk Islam kerana mereka taat kepada adat mereka. Bangsa Melayu ini bahasanya dijunjung dan adatnya disanjung. Sejak awal lagi bangsa Melayu ada sultan. Di mana-mana sahaja kawasan Tanah Melayu pasti ada sultannya. Dengan adanya sultan bermakna adanya naungan dan rahmat Allah. Bila wujud kesultanan, maknanya wujudlah kuasa yang mutlak. Makanya rakyat di bawah payungan kuasa mutlak ini bersatu. 

Bersatu adalah unsur Islam. Dalam Islam tiada demokrasi. Dalam Islam cuma ada kuasa mutlak. Apabila kita hendak adakan demokrasi kita terpaksa membahagikan umat kepada dua bahagian barulah berlakunya pertandingan untuk merebutkan jawatan. Sedangkan dalam Islam faktor utama adalah penyatuan. Jadi, orang Melayu sejak dahulu sangat bersatu padu dan sangat menghormati perlembagaan kesultanan dan sangat mendaulatkan kesultanan mereka.

Sehingga Allah s.w.t menyebut diriNya di dalam Al-Quran Karim sebagai Malikul Mulk atau Raja segala Raja. Jadi di mana-mana negara atau tanah yang ada sultan, maka rahmat Allah s.w.t. melimpah kepada mereka. Jadi apabila pendakwah-pendakwah  Islam datang dan menunjukkan peradaban mereka, maka sultan begitu tertarik dengan akhlak mereka. Sehingga sultan mengurniai mashaikh-mashaikh ini tadi dengan jawatan yang tinggi seperti mufti, penasihat raja dan sebagainya. 

Maka sultan-sultan Melayu dengan sendirinya masuk Islam. Bila sultannya memeluk Islam, semua rakyat-rakyat mereka memeluk Islam dengan tiada berkecuali. Itulah kebaikan atau perpaduan dan bernaung di bawah sultan. Kalau orang Melayu ini tiada sultan, kita ini hidup bagaikan tiada tuan. Disebabkan itu sultan kita panggil Yang Di Pertuan. Kita tuankan dia, supaya dengan mempertuankan dia itu kita ada pemimpin yang memimpin kita ke arah jalan kebenaran.

Apabila sultan-sultan Melayu ini diberi hormat dengan mengahwinkan zuriat-zuriat  mereka kepada masyaikh-masyaikh ini dapat mereka zuriat dari ahlul bait dan awliya Allah. Maka bertambah limpahan rahmat Allah kepada mereka. Setelah memeluk Islam, sultan-sultan Melayu menukar nama mereka kepada yang baik-baik. Contohnya Parameswara kepada Iskandar Shah, Sultan Acheh kepada Malikul Zahir.

Jadi itulah keagungan Islam itu berpunca daripada sultan memeluk Islam, seluruh rakyat jelata tidak berkecuali baik tua atau muda, lelaki atau perempuan, semuanya masuk Islam. Makanya agama Islam menjadi agama rasmi di negara-negara ataupun kepulauan-kepulauan Melayu di timur jauh. 

Sebaik sahaja kesultanan Melayu jatuh ataupun binasa, maka dengan sendirinya Islam itu menjadi lemah. Kita bangsa Melayu yang tinggal di tanah Melayu ini dan terutama berada di zaman ini, janganlah terlalu ghairah sangat berpolitik sehinggakan setengahnya ada yang hendak menjatuhkan sultan-sultan Melayu. Apabila kita jatuhkan sultan-sultan Melayu maka hilang daulat orang-orang Melayu. Maka orang Melayu ini akan ditendang ke sana-ke sini ibarat sampah oleh bangsa -bangsa lain. 

Jangan sesekali kita menghapuskan raja-raja, kerana limpahan rahmat yang kita dapat ini adalah daripada naungan kedaulatan raja-raja Melayu. Maka kita kena mendaulatkan raja kita. Rasulullah s.a.w sendiri menasihati, bahawa ketika ini Bagindalah Sultan kepada segala orang- orang muslim, maka apabila Baginda wafat kepimpinan ini digantikan oleh para sahabat baginda yakni “Amirul Mukminin”. Selepas itu datangnya sultan-sultan Islam yang bernaung di bawah rahmat Allah dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah. 

Kesultanan Islam ini berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaik sahaja mana-mana negara yang memansuhkan kesultanan ini, pucuk kepimpinan akan diganti dengan diktator di mana mereka memerintah dengan kekejaman dan untuk kepentingan sendiri. Dan kesudahan bagi mereka ini adalah kebinasaan. 

Apabila sultan itu dimansuhkan, maka bangsa itu hilanglah daulatnya. Apabila hilang daulatnya, dilaknat oleh Allah bangsa itu dengan suatu kehinaan yang teramat sangat. Sehinggakan tentera musuh memasuki negara mereka, ke dalam rumah-rumah mereka sehingga ke dalam dapur mereka. Apa maksud dapur ini? Maksudnya di situlah anak dan isteri kita duduk, maknanya banyak perkara yang akan dilakukan bagi menghina kita sebagai seorang  Islam. Jadi kehinaan itu jatuh kepada diri kita kerana kita merobohkan kesultanan. 

Tapi alhamdulillah bangsa Melayu yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini masih bernaung di bawah sultan-sultan yang Islam. Dengan naungan ini maka raja dan rakyat jelata semuanya selamat. Jadi jika kita hendak berpolitik pun tidak mengapa janji  kita tegakkan kedaulatan sultan Melayu.

Dengan menegakkan kedaulatan sultan Melayu inilah Allah Ta’ala menjanjikan apabila sampai akhir zaman di mana dunia ini diperintah oleh sultan yang haq memerintah iaitu Sahibul Zaman Muhammad Al-Mahdi a.s . Di mana di saat pemerintahannya, orang yang duduk terkanan beliau adalah yang berbangsa Melayu. 

Dan diberi lagi kehormatan atas orang Melayu ini kerana dalam sistem kesultanan Melayu, sultan Melayu selalunya ada laksamana. Laksamana adalah panglima angkatan tenteranya yang bertanjak. Tanjak ini dikira serban juga kerana Nabi Isa a.s sahaja yang bertanjak, maksudnya Nabi Isa a.s memakai serban tiada topi atau kupiah di tengah-tengah. Tanjak ini juga memberi satu peradaban, kedudukan atau protokol di dalam kesultanan. Disebabkan adanya peradaban ini, Allah Ta’ala kurniakan juga Ketua Jeneral atau Panglima Al-Mahdi a.s. itu dari bangsa Melayu itu sendiri. Jadi ramai jeneral  Al-Mahdi dari kalangan orang Melayu, hampir ⅓ daripada 70 000 orang jeneral.

Kemuliaan ini bukan sahaja diletakkan kepada dua jawatan tertinggi, tetapi dari 99 orang raja atau sultan Islam dibawah kepimpinan Sultan Agung Islam Al-Mahdi  a.s , 7 daripada mereka adalah dari bangsa Melayu. Jadi sultan-sultan Melayu itu akan diberi hormat dan ditabalkan menjadi sultan. Salah satunya untuk Semenanjung Tanah Melayu, adalah dari keturunan kesultanan Melaka. Dua lagi sultan di Sumatera, setiap satu di bahagian utara dan selatan. Bahagian utara ini adalah dari pertengahan hingga ke utara Acheh adalah dari keturunan sultan Bangkahulu. Jadi keagungan  dari tengah Sumatera hingga ke puncak Acheh dipegang oleh darah kesultanan Bangkahulu. Manakala dari tengah ke selatan, adalah daripada darah kesultanan Palembang. Jadi keturunan ini juga ada kaitan dengan  kesultanan Bangkahulu. 

Dan dibangkitkan kesultanan Jawa, Sulawesi dan kesultanan Borneo, Pulau Mindanao (Filipina ).  Raja-raja ini berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu dari rumpun Melayu dalam pemerintahan Al-Mahdi  a.s.. Itulah kelebihan Allah Ta’ala berikan kepada bangsa-bangsa Melayu. Daripada raja-raja yang berbangsa Melayu ini semuanya adalah dari keturunan ahlul bait, iaitu keturunan yang baik-baik. 

Bukan sahaja bangsa Melayu dijadikan wazir terutama, juga jeneral terkanan  dan daripada 99 sultan yang memerintah dunia di bawah kesultanan di Madinah itu, 7 daripada mereka adalah dari rumpun bangsa-bangsa Melayu. Kalau ditanya siapa wazir itu, atau siapa jeneral itu, atau siapa pula raja-raja itu, nama-nama mereka tidak boleh disebutkan lagi sebelum masanya. Namun boleh dikhabarkan secara am.

Bagi sultan di Semenanjung Tanah Melayu, diberi penghormatan buat sultan berketurunan sultan Melaka dan mereka ini juga adalah dari kalangan ahlul bait. Di Jawa pula diberi tampuk kesultanan kepada keturunan Sultan Jawa. Jadi sultan ini daripada keturunan Sunan Kalijaga. Sunan Kalijaga ini adalah anak Sultan Jawa, ianya seorang awliya yang kemudiannya berkahwin dengan ahlul bait. Dari keturunan ini akan diberi kehormatan untuk memerintah.

Namanya tidak perlu disebut lagi sebelum masanya. Apabila tiba masanya semua orang akan mengetahui. Sebab kita bangsa Melayu sifatnya pelembut tetapi ramai juga dari bangsa kita ini yang terlalu hasad. Jadi disebut dalam Surah Al Maidah ialah orang yang terlalu hasad terhadap orang Islam ini adalah orang Yahudi dan musyrikin. Jadi banyak di kalangan bangsa Melayu ini yang musyrikin. Itulah punca utama kejatuhan kesultanan-kesultanan  Melayu terdahulu. Itulah sebab kita tidak boleh membuka rahsianya. Jika dibuka mungkin ada orang yang hasad dan cuba menginaya mereka yang telah dipilih. Apabila tiba masanya besok, apabila mereka ini telah berjabat tangan dengan Al-Mahdi  a.s, maka mereka termasuk dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t iaitu orang-orang yang berlindung di bawah orang yang "Musta'an Billah" (orang yang mendapat pertolongan Allah ) maka mereka ini terlindung dari fitnah Dajjal.

Dan kita orang-orang Melayu ini berdoalah supaya orang yang dipilih itu minta samada di kalangan ahli keluarga kita atau anak kita atau sahabat handai. Jadi dapat kita menumpang rahmat mereka. Menumpang rahmat ini baik, dapat kita selamat di dunia dan akhirat. 

Kita sebagai bangsa Melayu ini hendaklah sentiasa cuba melatih diri kita subur dan baikkan perangai kita dengan sifat lemah-lembut. Itulah sifat bangsa Melayu dan barangsiapa bersifat lemah lembut nescaya mereka ini termasuk dalam orang-orang yang mati dalam Islam. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Tuhan yang kami sebut-sebut, anugerahkan kami Ya Allah hati yang zuhud, baikkan perangai kami dengan lemah lembut dan matikan kami di dalam sujud.

Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.aljitrawiy
.
#melayu #tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri #konspirasi #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #akhirzaman #dajjal #oneeye #freemason #illuminati #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral #global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi

No comments: