"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Sunday, September 22, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 22 Muharram 1441H☆


إِنَّمَا ٱلتَّوۡبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلسُّوۤءَ بِجَهَـٰلَةࣲ ثُمَّ یَتُوبُونَ مِن قَرِیبࣲ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ یَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَیۡهِمۡۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِیمًا حَكِیمࣰا

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah an-Nisa' 17]

#Kebiasaan orang yang melakukan maksiat dan dosa adalah mereka yang tergolong dalam kalangan orang yang jahil. Ini yang disebut oleh Allah swt dalam ayat ini. Ini bermakna, sesiapa yang melakukan maksiat, kejahatan, kemungkaran dan kesesatan, mereka ini merupakan orang yang jahil.

#Jahil dalam ayat ini bukanlah semata-mata bermaksud tidak tahu, sebaliknya tidak mampu menahan diri daripada melakukan kemaksiatan kerana terlalu mengikut hawa nafsu, terlalu marah, terlalu lalai dalam kehidupan dan terlalu tidak peduli tentang agama. Ini semua termasuk dalam maksud jahil.

#Oleh itu, dengan taubat dosa mereka akan diampunkan dan dosa mereka akan disucikan oleh Allah swt. Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya Allah akan menerima taubat daripada hambaNya selagi nyawa belum sampai ke kerongkong" (HR Ahmad)

#Bagi orang kafir dan pendosa yang mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat maka azab yang dahsyat sedang menantinya. Taubatlah dengan segera jangan ditangguh-tangguh lagi bimbang terlambat dan tidak lagi diterima bertaubat (bagi yang hampir mati, yakni nazak). Firman Allah swt:

وَلَیۡسَتِ ٱلتَّوۡبَةُ لِلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلسَّیِّـَٔاتِ حَتَّىٰۤ إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ إِنِّی تُبۡتُ ٱلۡـَٔـٰنَ وَلَا ٱلَّذِینَ یَمُوتُونَ وَهُمۡ كُفَّارٌۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابًا أَلِیمࣰا

"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" (Surah an-Nisa' 18]

♡Bertaubatlah dengan segera dan tinggalkanlah maksiat. Ingatlah bahawa kematian itu pasti dan datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang signal/petanda. Bertaubatlah sebelum terlambat!!♡


No comments: