BAHAN2
1/2 ekor ayam (gaul garam dan goreng)
2 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang holland (potong baji)
1 inci halia (diketuk)
Rempah 4 sekawan
1 bunjut sup bunjut
Secukupnya air
Secukup rasa garam
Sedikit serbuk perasa
2 sudu makan sos ikan
1 biji limau nipis
Daun sup
2 sudu besar minyak
Langkah-langkah
1 Sediakan bahan-bahan. Potong kecil ayam goreng.
2 Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.
3 Tumis hingga sedikit garing kemudian tambahkan air secukupnya. Masukkan sup bunjut dan bawang holland.
4 Bila mendidih masukkan ayam goreng. Perasakan dengan garam, sos ikan dan serbuk perasa. Biar mendidih sekejap kemudian perah limau nipis dan tutup api. Tabur daun sup & boleh dihidangkan.
*Let's try 🥰*
No comments:
Post a Comment