"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, April 4, 2024

Jumaat terakhir Ramadhan 1445

Jumaat Mubarak

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka Jahanam dan masuk ke syurga Firdaus tanpa hisab.

2. Ya Allah masukkanlah aku, keluargaku, sahabat- sahabat2ku, dan guru- guru ku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan kalimah syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di dalam syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari  bakaran api neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku, ahli kekuargaku, sahabat2 ku, guru2 ku dan ampunkan kami sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan nabiMu, nabi Muhammad (saw).

14. Ya Allah, ampunilah aku, suami dan anak2ku, ahli keluargaku, sahabat2 ku dan tingkatkanlah kurniaan rahmat dan rezekiMu kepada kami.

15 Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaanMu.

16. Ya Allah, ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata-mata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan ungkit mengungkit  nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan suamiku.

19. Selamatkanlah aku, ahki kekuargaku, sahabat2 ku, guru2 ku dari fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka Jahanam.

21 Ya Allah, luaskan rezekiku, kayakan aku, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan rahmat kasih sayang dariMu Ya Allah.

25 Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

28 Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada arwah  ibu bapa ku,arwah kedua mertua ku kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil, tempatkanlah roh mereka bersama para solihin di taman2 syurga dan masukkan mereka dalam syurga Firdaus tanpa hisab.

29 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

30 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajud dan solat subuh setiap hari.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

26 Ramadhan 1445,
5 April 2024.

No comments: