Sayur dan buah mempunyai khasiat tersendiri dan boleh digabungkan menjadi jus.
1- Jus Masam Manis.
🍍Secawan nanas
🍍sesudu cuka epal
🍍Strawberi 3 biji
🍍5 helai daun basil.
🍍5 ketul ais kiub
🍍 setengah cawan air
Kisar kesemua bahan. Jangan tapis kerana serat sangat Bagus utk usus.
Kebaikan:
Sumber antioksida dan merawat masalah tidak hadam dan sembelit.
2- Jus Evergreen
🥦Seikat bayam
🍒Buah kiwi
🥦1 senduk / 5 sudu madu
🥦Air secukupnya
🥦Beberapa ketul ais
Kisar buah kiwi dan bayam, jangan lupa cuci bersih ye.😊 Masukkan beberapa ketul ais, madu dan kacau sehingga sebati. Done!!
Jus ini mengandungi vitamin A dan C yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan sel-sel pada kulit.
3- Jus Penyejuk Badan.
Kisar segelas air bersama
🍊 Sebiji Orange
🍊 2 inci Halia
🍊 Sebatang Timun
Kebaikan:
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.
4- Jus Imuniti Sensasi
🍈Honeydew semangkuk
🍈Grape 11biji
🍈Tembikai semangkuk
🍈Sebatang saderi
🍈Susu segar segelas.
Kisar kesemuanya dan campurkan beberapa ketul ais.
Khasiat:
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan.
5- Jus Awet Muda.
🍎 Sebiji Apple
🍎 Sebatang Carrot
🍎 Sebiji Pear
🍎 Sebiji Mango.
🍎 Segenggam pegaga.
kisar dengan 2 gelas air.
Kebaikan:
Meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan supaya awet muda.
➡️pastikan uols takde alahan terhadap buah-buahan tu ye.
*Semoga BERMANFAAT 🥰*
No comments:
Post a Comment