"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, April 2, 2024

Rambut gugur



1. Hair Oil+

Pakai hair oil 20 minit sebelum mencuci rambut. Dapat kawal & lindung kulit kepala semasa membasuh. Masalah rambut gugur biasanya disebabkab oleh kulit kepala yang kering. Jadi, kulit kepala perlukan minyak untuk sentiasa lembab.

2. Scalp Massager +

Bersihkan hair oil menggunakan scalp massager. la boleh exfoliate kulit kepala, hilangkan kekotoran dan kelemumur, perbaiki peredaran darah, dan juga hilangkan stress! Elakkan garu kulit kepala menggunakan kuku, kulit kepala akan luka.

3. Shampoo+

Guna shampoo pada akar rambut sahaja & bilas sehingga bersih. Shampoo rambut pada bahagian hujung rambut akan buatkan rambut jadi kering. Shampoo akar rambut untuk kali kedua untuk hilangkan habuk kelemumur pada kulit kepala. Bilas sehingga bersih.

4. Conditioner +

Pakai conditioner pada pertengahan dan hujung rambut sahaja. Tunggu sehingga 5 minit dan bilas sehingga bersih. Elakkan guna shampoo yang ada sekali conditioner. Beli shampoo dan conditioner secara berasingan.

5. Towel+

Guna microfiber towel untuk keringkan rambut. la lebih lembut, kurang geseran dan tak rosakkan rambut.

6. Hair Tonic+

Pakai hair tonic pada kulit kepala semasa rambut kering & urut secara perlahan. Hair tonic dapat menguatkan akar rambut & mencegah rambut gugur.

7. Hair Cream+

Pakai hair cream semasa rambut kering atav basah. Pakai dari pertengahan rambut hingga hujung rambut. Rambut akan lebih lembut & cepat panjang.

*Semoga BERMANFAAT 🥰*

No comments: