*🟣بسْـــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم🟣*
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*
*🗒️ 10 SUNNAH
* *1. TAHAJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Insya Allah doa mudah termakbul dan kita semakin dekat dengan Allah SWT.*
* *2. MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI. Sesibuk apapun kita bacalah walau beberapa ayat.*
* *3. DZIKIR SETELAH SHOLAT. Ini yang dicontohkan Nabi : Subhanallah, walhamdulillah, walaa illaha illallah, Allahu akbar.*
* *4. MENJAGA SHOLAT SUNNAH RAWATIB. Mahu dibangunkan rumah di syurga ? [HR. Muslim no 728]*
* *5. DZIKIR PAGI DAN PETANG. "Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut.*
* *Dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." 📚 [QS. al-Araf ayat :205]*
* *6. JANGAN TINGGALKAN MASJID. Kerana syurga ganjarannya bagi pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid [al-Hadits]*
* *7. MENJAGA SHOLAT DHUHA. Kerana salah satu kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.*
* *8. JUGA SEDEKAH SETIAP HARI. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Insya Allah, Allah membalas dengan berlipat ganda.*
* *9. MENJAGA WUDHU. Kerana Allah menyayangi hamba yang menjaga wudhu.*
* *10. AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.*
*Semoga kita tetap istiqomah mengamalkan sunnah Baginda Nabi SAW.*
*🌹🌿اَللَّهُــــــــــــــــــــــــــمَّ صَلِّ عَلَی سَيَّدِنَا مُحَمَّدْ وَعَلىَ اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ🌹🌿*
No comments:
Post a Comment