1. MAMAN SAYUR / MAMAN PUTIH / MAMAN DAUN LIMA / MAMAN TANAH
Cleome gynandra
Pokok maman putih atau maman sayur adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak secara komersil untuk pembuatan rendang maman khasnya , dimasak sebagai sayur seperti sayur lemak atau pembuatan jeruk.
Daunnya berbentuk bulat. 1 pelepah ada 4/5 daun. Mempunyai bunga berwarna putih.
2. MAMAN UNGU / MAMAN HANTU / MAMAN PASIR / MAMAN PANTAI
Cleome rutidosperma
Maman ungu atau maman hantu ialah sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai tumbuh dikawasan berpasir dan bertanah liat di kawasan tropika. Di Malaysia, maman hantu dijadikan jeruk namun jika pembuat jeruk itu suka rasanya yang pahit. Pokok maman ini juga sering menjadi makanan ternakan seperti lembu dan kambing.
1 pelepah ada 3 helai daun. Berbunga ungu.
3. MAMAN KUNING
Cleome viscosa
Maman kuning juga dipanggil maman pantai boleh juga dijadikan jeruk maman, 1 pelepah ada 4/5 daun. Mempunyai bunga berwarna kuning.
MENGELUARKAN ANGIN
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan
SAKIT PINGGANG
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang
GATAL2 / SAKIT KEPALA
Daun boleh digosok pada kulit
No comments:
Post a Comment