"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, September 19, 2019

Tips-Tips Minum Air Gula Supaya tak Termuntah


Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk 'check' sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah. Kena minum air gula ni bukan kat gomen je, kat swasta pun sama. Pendek kata kt seluruh dunia pun sama lah. ( macam la aku tahu zimbabwe buat ke tak kan? 😂 )

Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.

3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.

4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la membawang pasal tupperwear ke, Lazada ke rancangan TV3 yg kol 10 tu ke atau apa apa yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amek darah. Tadaaaa

5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu - kami 'diwajibkan' minum untuk experience apa yang pesakit rasa - takde ler horror mana pun 🙄  )

6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.

7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.

8. sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.

3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.

5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Korang share sini agar ramai boleh memanfaatkannya.

Alaa chill lah, minum bobba tea yg manis tu pun korang selamba jeee hirup, takkan minum air gula yg ni pun takboleh kann ? 😬

Selamat mencubaaaaa 👌( baca dalam nada yg biasa kite dgr pada hujung rancangan masakan )

No comments: