"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, September 17, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 17 Muharram 1441H☆



یَوۡمَ یَأۡتِی بَعۡضُ ءَایَـٰتِ رَبِّكَ لَا یَنفَعُ نَفۡسًا إِیمَـٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ أَوۡ كَسَبَتۡ فِیۤ إِیمَـٰنِهَا خَیۡرࣰاۗ قُلِ ٱنتَظِرُوۤا۟ إِنَّا مُنتَظِرُونَ

"...Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu (tanda-tanda hari kiamat), tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)" [Surah al-An'am 158]

#Ayat ini berkaitan dengan tanda-tanda kiamat besar antaranya berkaitan Dajjal. Dalam ayat ini, tidak disebut lafaz Dajjal secara jelas tetapi tanda-tanda yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Dajjal, terbit matahari dari barat dan juga al-Dabbah. Ini yang disebut di dalam kitab-kitab tafsir.

#Dalam Kamus Lisanul Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal:

1. Kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.
2. Kerana menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.
3. Kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran.
4. Kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.

#Dajjal boleh dikenali dengan beberapa sifat, antaranya, dia seorang manusia, rambutnya kerinting dan kusut masai, sebelah daripada matanya buta dan tertulis pada dahinya كفر (kufur). Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan tentang Dajjal:

1. Daripada Sayidina ‘Ubadah bin as-Samit r.a Rasulullah saw bersabda:

إِنِّي قَدْ حَدَّثْتُكُمْ عَنِ الدَّجَّالِ حَتَّى خَشِيتُ أَنْ لاَ تَعْقِلُوا، إِنَّ مَسِيحَ الدَّجَّالِ رَجُلٌ قَصِيرٌ، أَفْحَجُ، جَعْدٌ، أَعْوَرُ مَطْمُوسُ الْعَيْنِ، لَيْسَ بِنَاتِئَةٍ، وَلاَ حَجْرَاءَ، فَإِنْ أُلْبِسَ عَلَيْكُمْ، فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ

"Sesungguhnya aku telah menceritakan mengenai Dajjal kepada kamu hingga aku khuatir kamu tidak lagi mampu memahaminya. Sesungguhnya Masih al-Dajjal itu seorang lelaki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah matanya, matanya tidak terlalu tersembul dan tidak pula terlalu tenggelam. Jika kamu merasa bingung, ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta’ala tidak buta sebelah" (HR Abu Daud dan Ahmad)

2. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

وَأَمَّا مَسِيحُ الضَّلاَلَةِ، فَإِنَّهُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ، أَجْلَى الْجَبْهَةِ، عَرِيضُ النَّحْرِ، فِيهِ دَفَأٌ

"Adapun Masih al-Dhalalah (Dajjal), maka sesungguhnya dia buta sebelah matanya, dahinya lebar, dadanya bidang dan badannya agak bongkok" (HR Ahmad)

3. Daripada Ibnu Umar r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ ، أَلا إِنَّ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ

"Sesungguhnya Allah swt tidak buta sebelah, dan ketahuilah sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah buta mata sebelah kanannya. Matanya bagaikan anggur yang terjuntai" (HR al-Bukhari)

#Beriman dan beramallah dengan segera kerana apabila munculnya Dajjal, terbitnya matahari daripada barat, keluarnya al-Dabbah maka tidak lagi bermanfaat dan tidak lagi diterima iman dan taubat. Semuanya sudah terlambat. Sabda Nabi saw:

ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ

"Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabbah yang melata di bumi” (HR Muslim)

♡Kenalilah Dajjal dan ambil tahu tentang kejahatannya agar kita tidak terpedaya dengan tipu daya dan fitnahnya. Semoga Allah memelihara iman kita dan menyelamatkan kita daripada segala fitnah Dajjal dan fitnah akhir zaman. Aamiiin♡


No comments: