📍 *Tips 1 : Jangan abaikan sarapan!*🍛🍳
➡Anda perlukan sarapan🥪 sihat untuk membantu peningkatan metabolism💪🏻 tubuh agar dapat menjalani hari yang sibuk. Sarapan yang seimbang🥙 membantu anda untuk kekal bersemangat, produktif dan cergas sepanjang hari.🏃♂
📍 *Tips 2 : Makan tepat waktu*🕖🍞
➡Sistem penghadaman🥨 anda hanya boleh berfungsi dengan cekap jika anda makan mengikut waktu.🌅 Cuba amalkan makan secara tetap dan dalam selang masa yang sama sepanjang hari. Ini juga membolehkan proses penghadaman berlaku pada kelajuannya🚗💨 yang semulajadi.
📍 *Tips 3 : Jangan makan sambil bekerja*👩💻👨💻
➡Makan dalam keadaan tertekan💆♀ atau makan sambil bekerja👩💻 tidak digalakkan sebab ia akan mendorong gangguan sistem penghadaman. Makan dalam keadaan tenang.☺
📍 *Tips 4 : Ambil masa untuk mengunyah makanan*
➡Makan adalah pengalaman yang menyeronokkan,😆 jadi ambillah masa untuk menikmati setiap suapan. Kunyahlah makanan perlahan-lahan🚶♂ dan biarkan air liur melakukan tugasnya.
📍 *Tips 5 : Elakkan makan berlebihan*🙊
➡Makan secara berlebihan🤰 boleh mencederakan💉 sistem penghadaman🥨 anda kerana sistem anda perlu bekerja lebih keras untuk menghadamkan makanan berlebihan. Jadi, berhenti makan sebaik sahaja anda berasa kenyang.
📍 *Tips 6 : Banyakkan minum air setiap hari!*🍶🥛
Mulakan hari anda dengan minum 1 atau 2 gelas air kosong antara waktu makan🍶. Anda juga boleh mengekalkan pengambilan cecair dengan sup🍵, minuman dan jus🍹, sebaik-baiknya rendah gula, garam & lemak.🥥
Semoga Terus Sihat...💪🏻
No comments:
Post a Comment