"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Monday, September 16, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 15 Muharram 1441H☆



وَٱلۡعَصۡرِ

"Demi Masa!" [Surah al-Asr 1]

#Perkara yang sangat penting untuk diurus dan diberi keutamaan dalam kehidupan seharian kita ialah berkaitan masa. Jika tidak diurus dengan baik, maka masa akan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang kebaikan dan manfaat.

#Ingatlah, umur kita semakin hari semakin pendek dan perkara kebaikan yang ingin dilakukan terlalu banyak. Sebab itu, terlalu penting untuk kita gunakan masa yang ada untuk melakukan perkara yang bermanfaat untuk masa depan dunia dan akhirat kita. Ini kerana masa yang kita miliki adalah terlalu sedikit berbanding kewajipan yang perlu dilaksanakan.

#Terdapat satu kaedah yang masyhur menyebut:

الوَاجِبَات أَكْثَر مِن الاوْقَات

"Kewajipan-kewajipan kita jauh lebih banyak daripada masa yang kita miliki.”

#Contohilah baginda Rasulullah saw dalam menguruskan masa. Hanya 23 tahun sahaja Baginda dapat mengasaskan sebuah negara yang menuju kecemerlangan dengan luar biasa. Islam dapat menumbangkan dua gergasi dunia ketika itu- empayar Rom dan empayar Parsi yang sudah bertapak ribuan tahun lamanya serta mempunyai ratusan ribu atau jutaan bala tentera. Dalam masa yang singkat baginda saw berjaya menyebarkan dakwah ke seluruh alam buana. Setiap saat, masa dimanfaatkan tanpa sebarang pembaziran dan kelalaian.

#Begitu juga Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau memerintah dan menjawat jawatan sebagai khalifah hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Tetapi beliau berjaya menghasilkan kejayaan yang amat luar biasa dalam pemerintahannya. Beliau memanfaatkan masa yang ada dan yang dimilikinya tanpa lalai dalam tempoh dua tahun tersebut.

#Inilah yang sewajarnya dicontohi oleh kita semua agar kita tidak tergolong di kalangan manusia yang rugi.

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" [Surah al-Asr 2]

#Hayatilah kata-kata Tokoh Ulamak Indonesia, Pak Hamka ini: “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti".

♡Oleh itu, sediakan sebanyak-banyaknya bekalan untuk musafir ke alam seterusnya. Maka bertaqwalah kepada Allah dengan kurniaan usia kepada kita dan bersegeralah beramal sebelum luputnya usia serta berlumbalah melakukan kebaikan dengan masa yang ada♡

No comments: