"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Friday, September 20, 2019

MANIS POTONG KAKI?


Salah satu komplikasi kencing manis/diabetes untuk jangka masa panjang adalah masalah saraf, dipanggil sebagai peripheral neuropathy. Kerosakkan pada sistem saraf ini menyebabkan hujung kaki atau tapak kaki kurang deria rasa. Maka kalau terpijak mende tajam atau berjalan di permukaan panas pun tak rasa sakit. Jadi tanpa rasa sakit ni, sesorang pesakit tu akan membahayakan dirinya sendiri. Tau tau je kaki dah luka atau berlubang atau cedera.

Paras gula yang tinggi pulak akan menyebabkan luka yg terjadi tadi tu lambat sembuh. Kuman/bakteria membiak. Depa suka darah yg penuh gula ni. Kuman membiak dengan hebatnya, luka pun lagilah lambat sembuh. Jangan lupa, luka yg tak sembuh ni pun pesakit tak rasa tau. Kekadang luka baru terbentuk pun pesakit boleh buat donno je sebab mmg tak rasa. Tu yg bahaya. Sebab tak sedar kan?

Satu lagi, komplikasi jangka masa diabetes ini akan ada hilangnya deria untuk mengenalpasti arah ( loss of proprioception ). Contoh la, kalau saya gerakkan ibu jari kaki atau buku lali tu ke atas dan ke bawah, orang yg normal dapat rasa la pergerakan kaki tu cmne, boleh la rasa buku lali tu bergerak. Tapi tak pada orang yg ada kencing manis yg tak terkawal untuk jangka masa lama. Depa tak tahu pun buku lali ni dah terjelepok, terkehel ataupun terpusing (ni extreme la ). Tak rasa sakit satu hal, tup tup je tengok buku lali dah bengkak, merah ataupun dah lari dari bentuk asal.

Oh lupa satu lagi, ada keadaan dinamakan autonomic neuropathy. Masalah saraf gak ni, kelembapan kulit pada tapak kaki menjadi sangat berkurangan kerana sistem kulit yg menjaga kelembapan kulit ni mcm tak berfungsi disebabkan masalah saraf. Hasilnya tapak kaki menjadi kering, kulitnya merekah dan senang tercedera.

Semua ni terjadi sebab apa? Sebab gula yang tinggi dalam darah untuk jangka masa panjang dan ianya toksik kepada sistem saraf. Ye, tkde sapa mintak untuk dapat kencing manis, kawalan gula yg bagus dapat melewatkan komplikasi ini datang, sekaligus pesakit menikmati kehidupan yg berkualiti. Ubat kencing manis, insulin (kalau ada) jgn pura pura lupa. Semua ni utk pastikan kawalan gula pesakit diabetes dalam keadaan optimum.

kurangkan manis dalam minuman, kalau tkde gula 1000x lebeh baik.

Ikhlas,
Doktor yang hitam manis

No comments: