"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Saturday, September 21, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 19 Muharram 1441H☆


وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَیۡنَـٰهُمۡ فَٱسۡتَحَبُّوا۟ ٱلۡعَمَىٰ عَلَى ٱلۡهُدَىٰ فَأَخَذَتۡهُمۡ صَـٰعِقَةُ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡهُونِ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

"Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan" [Surah Fussilat 17]

#Ayat ini menjelaskan bahawa Allah swt telah tunjukkan kepada kaum Thamud jalan kebenaran dengan mengutuskan Nabi Soleh Alaihissalam kepada mereka, menerangkan tentang tauhid dan ketuhanan tetapi mereka tidak mahu mengikuti petunjuk. Mereka memilih kesesatan dan kesyirikan.

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَـٰلِحࣰاۚ قَالَ یَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَیۡرُهُۥۖ قَدۡ جَاۤءَتۡكُم بَیِّنَةࣱ مِّن رَّبِّكُمۡۖ هَـٰذِهِۦ نَاقَةُ ٱللَّهِ لَكُمۡ ءَایَةࣰۖ

"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku)..." [Surah al-A'raf 73]

#Antara perkara yang mampu dilakukan oleh para Nabi dan juga pendakwah, ialah dengan berdakwah dan menyeru manusia ke jalan Allah, serta menjelaskan kepada mereka jalan yang benar dan memperingatkan jalan yang salah, akan tetapi hidayah yang sempurna (iaitu petunjuk agar mereka menerima Islam) hanya ada di dalam kekuasaan Allah swt.

مَن یَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِۖ وَمَن یُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ وَلِیࣰّا مُّرۡشِدࣰا

"...Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya" [Surah al-Kahfi 17]

#Sedarlah, apa yang berlaku kepada kaum Thamud, sedang berlaku di zaman kita sekarang, kebanyakan daripada kita mengetahui berkaitan perkara yang benar dan salah, syirik dan iman, dosa dan pahala, perintah dan larangan, wajib dan sunat, halal dan haram, syurga dan neraka, namun sebahagian daripada kita tetap memilih dan mengutamakan kesesatan daripada kebenaran disebabkan kesombongan, kedegilan dan kelalaian.

#Kesudahannya, kata Allah mereka akan dibinasakan dengan azab yang ngeri dan dahsyat. Hal ini telah pun berlaku kepada kaum Thamud, mereka disambar petir dan dimusnahkan Allah swt sehingga mereka lenyap daripada muka bumi ini.

وَأَخَذَ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ ٱلصَّیۡحَةُ فَأَصۡبَحُوا۟ فِی دِیَـٰرِهِمۡ جَـٰثِمِینَ * كَأَن لَّمۡ یَغۡنَوۡا۟ فِیهَاۤۗ أَلَاۤ إِنَّ ثَمُودَا۟ كَفَرُوا۟ رَبَّهُمۡۗ أَلَا بُعۡدࣰا لِّثَمُودَ

"Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud" [Surah Hud 67-68]

♡Sampaikanlah kebenaran Islam kepada seluruh umat manusia. Ini kerana hidayah Islam suatu perkara yang paling tinggi nilainya disisi Allah swt. Jadikanlah kisah kaum Thamud yang degil dan ingkar ini sebagai pengajaran dan keinsafan kepada kita semua supaya sentiasa berdoa agar diberi hidayah yang sempurna dan dikekalkan hidayah selama-lamanya. Aamiiin♡


No comments: