"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, September 18, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 18 Muharram 1441H☆



وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ

"...Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri" [Surah an-Nisa' 79]

#Berkata Imam Qatadah rahimahullah: “Sebagai hukuman bagimu wahai anak Adam, disebabkan kerana dosamu” (Tafsir Ibnu Kathir)

#Ayat ini menunjukkan bahawa faktor utama penyebab ditimpa musibah, bala bencana adalah kerana dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Manusia mengabaikan perintah Allah, melanggar larangan Allah dan mendustakan ayat-ayat Allah swt. Inilah penyebab mereka diseksa dan ditimpa musibah.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰۤ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَفَتَحۡنَا عَلَیۡهِم بَرَكَـٰتࣲ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan" [Surah al-A'raf 96]

وَمَاۤ أَصَـٰبَكُم مِّن مُّصِیبَةࣲ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِیكُمۡ وَیَعۡفُوا۟ عَن كَثِیرࣲ

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu" [Surah ash-Shura 30]

#Oleh itu, marilah kita menginsafi diri dengan bertaubat dan beristighfar agar Allah swt menjauhkan kita daripada musibah dan bencana serta kebinasaan.

ما نزل البلاء إلا بذنب وما رفع إلا بتوبة

“Setiap musibah yang turun disebabkan oleh dosa, dan tidak akan terangkat kecuali dengan taubat”

#Firman Allah swt:

وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوۤا۟ إِلَیۡهِ یُمَتِّعۡكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّى وَیُؤۡتِ كُلَّ ذِی فَضۡلࣲ فَضۡلَهُۥۖ وَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَإِنِّیۤ أَخَافُ عَلَیۡكُمۡ عَذَابَ یَوۡمࣲ كَبِیرٍ

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)" [Surah Hud 3]

#Pesan Luqman kepada anaknya:

يَا بُنِيَّ عَوِّدْ لِسَانَكَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، فَإِنَّ لِلَّهِ سَاعَاتٍ لَا يَرُدَّ فِيهَا سَائِلًا

“Wahai anakku biasakan lisanmu dengan ucapan: [اللهم اغفر لي] ‘Ya Allah ampunilah daku’ kerana Allah swt memiliki waktu-waktu yang tidak ditolak permintaan hambaNya di waktu itu".

♡Saat ini bumi Malaysia dan negara jiran kita dilanda musibah jerebu. Marilah kita bertaubat, banyakkan beristighfar dan berdoa agar Allah swt menjauhkan kita daripada musibah ini. Jauhi maksiat dan banyakkan bermunajat♡


No comments: