"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Tuesday, September 10, 2019

Suntikan BCG (Bacillus Calmette–Guérin

Suntikan BCG (Bacillus Calmette–Guérin) adalah vaksin terhadap penyakit Tuberkulosis(TB). Ia diberi pada bayi.

Suntikan ini dibuat secara transdermal(pada kulit), di bahagian lengan (atau lower deltoid) bayi.

Ibu bapa perlu peka pada kulit di kawasan suntikan BCG. Berikut adalah perubahan kulit yang akan berlaku pada masa-masa berbeza.

◾Bintik kemerahan pada kawasan suntikan yang akan hilang pada hari ke-2 atau ke-3.

◾Timbul bintat keras pada kawasan suntikan pada minggu ke-2 atau ke-3

◾Bintat tadi akan melepuh dan mengeluarkan nanah pada minggu ke-6 atau ke-8 selepas suntikan.

◾Luka sembuh dan meninggalkan parut menjelang minggu ke-12 selepas suntikan.

Tahu tak macam mana nak jaga luka suntikan BCG anak-anak agar tak berlaku komplikasi?

◾Pastikan luka kering dan bersih.

◾Tak usah tampal plaster

◾Jangan sapu minyak atau herba pada luka.

◾Jangan garu atau picit bintat/gelembung luka.

◾Jika bernanah, tutup dengan kain kasa dan tampal pelekat di tepi

No comments: