"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Monday, September 30, 2019

KAJIAN LUKA DAN INTERPRETASI


Dalam forensik, kajian luka di tubuh badan adalah penting bagi memberi gambaran tentang saiz senjata, bentuk permukaan senjata dan kekuatan daya yang digunakan. Jumlah luka, saiz, lokasi dan jenis luka perlu dinilai dan direkod.

1. Bruise (lebam)
Lebam berlaku apabila satu senjata tumpul ditujukan ke tubuh badan dalam posisi menegak, statik tanpa seretan. Oleh kerana kulit manusia kenyal, kulit tidak koyak. Bagaimanapun terdapat luka di bawah kulit menghasilkan warna lebam kebiruan.

2. Abrasion (calar)
Terjadi apabila suatu senjata permukaan kasar tetapi tumpul bersentuh dan menyeret pada permukaan kulit. Keadaan permukaan yang tumpul tidak dapat mengoyakkan kulit tetapi akibat permukaan kasar, ia menyebabkan kulit tersagat dan menghasilkan calar. Calar tidak menyebabkan pendarahan yang banyak.

3. Laceration (koyak)
Laceration berlaku disebabkan senjata permukaan kasar yang mempunyai daya tujahan yang kuat dan menyeret dan berupaya mengoyakkan kulit. Koyakan akibat senjata ini biasanya tidak sekata dan sedikit bergerigi, kadang kala tisu kulit akan tercabut. Contohnya seperti koyak di bahagian peha akibat tergesel batu di sungai.

4. Incised / slash / sharp (hiris)
Ini terjadi apabila anggota badan di serang menggunakan senjata yang tajam seperti pisau atau parang. Luka hirisan adalah sekata, tidak bergerigi dan tidak melibatkan kehilangan tisu kulit. Luka biasanya memanjang dan tidak berapa dalam.

Perbezaan koyakan di kepala dan hirisan di kepala juga dapat dibezakan melalui pattern rambut. Dalam luka hirisan, rambut akan terputus bersama luka, manakala jika luka koyakan di kepala, rambut akan turut tenggelam ke dalam luka tersebut kerana senjata tumpul tidak mampu memotong rambut yang halus.

5. Stab wound (tikaman)
Tikaman boleh disebabkan oleh senjata yang tajam atau tidak tajam. Contohnya seseorang boleh ditikam menggunakan pisau ataupun kayu. Perbezaan tikaman dari luka lain ialah tikaman biasanya mempunyai kedalaman melebihi diameter luka luaran. Contohnya tikaman pisau mempunyai luka diameter 5cm tetapi kedalaman boleh mencecah 20cm. Luka luaran boleh jadi pattern seperti hirisan atau koyak bergantung senjata yang digunakan.

6. Lukaku - biar mati aja dasar gempal malah malas kejar bola!

Antara luka lain yang agak popular ialah luka tembakan, kesan haba, kesan kimia dan luka radiasi.

No comments: