"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Thursday, October 3, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 5 Safar 1441H☆



إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" [Surah al-Ahzab 56]

#Berkata Syeikh al-Maraghi dalam Tafsir al-Maraghi berkaitan ayat ini: "Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi saw mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu".

#Allah swt memerintahkan kita agar sentiasa mengucapkan selawat dan salam kepada baginda Rasulullah saw disamping berusaha melaksanakan segala perintah dan larangan yang telah disampaikan Rasul. Hebatnya tuntutan selawat ini hinggakan Allah dan Rasul juga berselawat kepada baginda saw.

#Abu Bakar al-Qusyairi berkata: "Selawat daripada Allah yang diberikan kepada selain Nabi adalah bermaksud rahmat. Manakala selawat Allah kepada Nabi adalah satu bentuk pemuliaan dan tambahan pangkat kepada Baginda".

#Kita diperintahkan untuk memperbanyakkan berselawat khususnya pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling utama adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu dihadapkan kepadaku.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami dihadapkan ke atasmu sedang engkau telah hancur menjadi tanah?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah mengharamkan atas bumi memakan jasad-jasad para Nabi.” (Sahih, Abu Daud)

#Antara kelebihan selawat. Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda:

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” (HR an-Nasaie dan Ahmad, sahih.)

♡Banyak berselawat kepada baginda Rasulullah saw merupakan tanda cinta dan rindu seseorang muslim kepada Baginda saw, kerana para ulamak mengatakan, sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya. Jom selawat!!♡


No comments: