"ASSALAMUALAIKUM; Tuan-tuan,puan-puan,rakan-rakan sekelian boleh mendapatkan produk istimewa CNI di mana-mana cawangan dan stokis CNI di seluruh Malaysia dengan menggunakan nombor keahlian ini 1436554 atau HUBUNGI : 013-8546275. Terima Kasih."

Wednesday, October 2, 2019

☆Tadabbur Kalamullah 3 Safar 1441H☆


إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Baqarah 271]

#Berkata Syeikh al-Maraghi dalam Tafsir al-Maraghi: "Jika kamu mengeluarkan derma secara terbuka, maka cara seperti itu adalah lebih baik kerana ia akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain, sehingga ada antara mereka yang akan menirunya. Di samping itu, zakat menjadi salah satu sendi ajaran Islam yang andaikata jika dia lakukan dengan sembunyi-sembunyi, maka orang yang enggan mengeluarkannya akan berasa bimbang untuk melakukannya. Tetapi jika kamu memberi kepada orang fakir secara diam-diam, maka itulah yang terbaik kerana ia dapat menjauhkan diri dari sifat riyak, bahkan sejajar dengan keterangan dalam hadis-hadis dan contoh-contoh perbuatan sahabat".

#Bersedekah dan membantu orang lain dengan harta yang dikurniakan Allah adalah sifat yang baik dan terpuji. Bahkan inilah antara sifat ahli syurga.

#Terdapat beberapa jenis sedekah yang boleh kita lakukan agar ganjaran pahalanya sentiasa mengalir tidak putus-putus walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Ini berdasarkan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

1. Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
2. Anak soleh yang dia tinggalkan.
3. Mushaf al-Quran yang dia wariskan.
4. Masjid yang dibina.
5. Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
6. Sungai yang dia alirkan.
7. Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati". (HR Ibn Majah dan al-Baihaqi. Hadis ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri)

#Orang yang bersedekah dijanjikan gandaan ganjaran pahala untuknya yang tidak terkira banyaknya. Pendek kata, dengan bersedekah menjadikan kita jutawan di akhirat. Dinukilkan riwayat daripada Abi Mas’ud al-Ansari r.a, yang berkata:

جَاءَ رَجُلٌ بِنَاقَةٍ مَخْطُومَةٍ فَقَالَ هَذِهِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم: لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَبْعُمِائَةِ نَاقِةٍ كُلُّهَا مَخْطُومَةٌ

"Bahawa seorang lelaki telah menginfakkan seekor unta yang lengkap dengan tali hidungnya pada jalan Allah, lantas Rasulullah saw bersabda: “Bagi kamu dengannya pada Hari Kiamat nanti tujuh ratus unta yang telah diikat tali pada hidungnya” (HR Muslim, al-Nasaie, Ahmad dan Ibn Hibban)

♡Bersedekahlah samada secara terang-terangan atau senyap-senyap kerana kedua-duanya adalah cara yang baik dan melayakkan kita meraih syurgaNya di akhirat kelak. Jangan jadi manusia kedekut yang menyesal di akhirat. Bersedekahlah!!♡


No comments: